search
Log In
3 votes
27 views

Kaedah PAP bagi memendekkan tempoh pelaksanaan projek di peringkat pra kontrak telah lama diperkenalkan. Sepanjang tempoh pelaksanaan ini, telah banyak lukisan rekabentuk PAP dibangunkan. Daripada keseluruhan lukisan tersebut, berapa peratus lukisan rekabentuk PAP ini yang telah setuju digunapakai oleh pihak pelanggan?

Bagi PAP terbaru siri 2 edisi 4 ini, terdapat senarai lukisan projek tempat letak kereta bertingkat (10 tingkat). persoalannya apakah akan ada pelanggan yang akan membina lagi tempat letak kereta bertingkat dengan spesifikasi yang sama seperti PAP ini? 10 tingkat (8tingkat dengan 2 basement); 630 unit tempat letak kereta dengan 198 tempat letak motorsikal.

in Stakeholders Management 630 points 2 5 11

1 Answer

4 votes
PAP adalah kaedah yang boleh membantu JKR menyegerakan pelaksanaan projek. Walaubagaimana pun ianya banyak bergantung kepada penerimaan pelanggan. Walaupun, telah ada terdapat pekeliling utk mengarahkan penggunaan PAP di dalam projek kerajaan, penerimaan adalah agak terhad. Kita telah ada hampir 200 rekabentuk untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Pada pandangan saya, semua warga JKR perlu bersama-sama menyokong produk produk JKR dan sama sama membantu utk membuat product marketing kepada kesemua pelanggan JKR. Dengan cara ini, adalah diharap penggunaan PAP ini dapat diperkembangkan. Penggunaan rekabentuk PAP ini juga telah dijadikan sebagai KPI jabatan.
49,810 points 24 102 239
...