search
Log In
2 votes
49 views
  1. Siapakah yang bertanggungjawab di peringkat pewujudan projek?
  2. Bagaimanakah menentukan tanggungjawab kementerian/jabatan berkenaan yang membuat permohonan khidmat nasihat teknikal ke JKR di dalam membuat semakan dan menyediakan anggaran kos bagi projek di bawah RMK-12?
in Communication Management 2,170 points 3 7 21

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Disertakan maklumbalas yang diterima daripada CPAB mengenai soalan yang dikemukakan:

Siapakah yang bertanggungjawab di peringkat pewujudan projek?
Pihak yang bertanggungjawab di peringkat pewujudan projek adalah Kementerian yang berkenaan.

Bagaimanakah menentukan tanggungjawab kementerian/jabatan berkenaan yang membuat permohonan khidmat nasihat teknikal ke JKR di dalam membuat semakan dan menyediakan anggaran kos bagi projek di bawah RMK-12?
Pihak kementerian boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai Kader JKR yang ditempatkan di kementerian terbabit berkaitan penyediaan anggaran kos dan sebagainya. Sekiranya tiada pegawai Kader JKR yang ditempatkan di pejabat berkenaan, khidmat nasihat boleh dirujuk kepada Jabatan Teknikal (JKR/JPS).

Maklumat lanjut mengenai GN0 boleh didapati dengan merujuk kepada:
Unit Amalan Terbaik
Bahagian Pengurusan Projek Kompleks
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia
emel: lokmann[a]jkr.gov.my

 

49,730 points 33 88 176
selected by
...