search
Log In
2 votes
29 views
Hospital masih beroperasi seperti biasa dan ruang di bahagian bawah bumbung yang ditukar tidak boleh dialihkan kerana melibatkan peralatan medical yang rumit.

Risiko tile bumbung jatuh atau bahan binaan jatuh ke dalam ruang di bawah kerja-kerja penukaran bumbung akan menyebabkan kecederaan kepada pengguna dan mencemarkan ruangan tersebut.

Sejauh mana net keselamatan membantu atau adakah kaedah keselamatan yang lain?
in Risk Management 1,010 points 2 8 16

1 Answer

0 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Sebelum kita berbincang tentang kaedah dan proses penukaran bumbung harus kita buat semakan terperinci terhadap isu-isu berikut:-

  1. Sudahkah pemeriksaan terperinci terhadap keseluruhan kondisi fisikal sistem bumbung itu dilaksanakan?
  2. Apakah as built drawings telah diperolehi?
  3. Adakah as built drawing yang dibekalkan itu mencukupi?
  4. Apakah jenis sistem dan jenis bahan pembinaan kekuda bumbung sediada?
  5. Keadaaan dan kondisi komponen sistem kekuda bumbung sediada.
  6. Apakah jenis dan kondisi sistem suspended ceiling yang sediada?
  7. Perlukan keseluruhan sistem bumbung itu perlu digantikan?
  8. Apakah jenis bumbung dan bahan pembinaan yang disyorkan?
  9. Perlukah sistem suspended ceiling dalaman itu ditukar sekali?
Sedudah isu-isu tersebut diatas telah disemak dan dikaji baru kita boleh syorkan cadangan kaedah yang betul-betul bersesuian dengan keadaan kondisi sistem bumbung, konsidi sistem suspended ceiling dan penjagaan terhadap alat-alat medical yang rumit yang berada dalam bilik pembedahan dan ICU. Disamping itu nasihat pakar terhadap peralatan pembedahan rumit itu perlu juga diperolehi dan kaedah nyah kuman sesama perlaksanaan kerja pembaikan dan sesudah siap pembaikan juga perlu dibincangkan dengan teliti dengan pakar-pakar hospital berkaitan.
48,330 points 106 193 347
...