search
Log In
6 votes
25 views
Adakah Penggunaan Bon/Deposit Tender bagi Perolehan Pengurusan Fasiliti (F01) dapat memberikan persaingan yang sihat di kalangan pihak kontraktor?
in Contract Management 2,090 points 5 15 29

1 Answer

6 votes
Bon Deposit tender adalah bon yang perlu diambil oleh Kontraktor sebagai satu syarat memasuki tender. Pihak yang mengeluarkan Bon adalah institusi kewangan yang akan menilai kebolehan syarikat dari segi kewangan dan ketulenan syarikat untuk membayar nilai premium.
Penggunaan bon ini sebagai salah satu syarat tambahan menambahkan satu cara penilaian kekuatan dan keseriusan kontraktor bagi memasuki tender.Selain daripada kos pembelian dokumen tender, kontraktor perlu mengeluarkan kos premium bon sebagai jaminan akan memasuki tender.
Pada satu sisi, ia akan membuatkan kontraktor yang memegang banyak lesen untuk mengeluarkan kos yang lebih untuk memasuki satu projek. Tapisan ini, boleh memastikan kontraktor yang benar-benar serius untuk memasuki tender.

Namun begitu, kesannya dalam masa yang sama, satu kontraktor terpaksa mengeluarkan lebih banyak kos sekiranya ingin memasuki banyak tender. Oleh itu, penetapan nilai dan tempoh bon deposit/tender yang berpatutan hendaklah dikaji sebaiknya.
Bagi menjawab persoalan, setakat ini tiada lagi sebarang kajian dan dapatan diperolehi dari segi persaingan yang sihat di kalangan kontraktor. Malah sebelum diperkenalkan bon ini juga tidak ada sebarang kajian berkenaan persaingan yang sihat di kalangan pihak kontraktor.
Apa yang utama, di pihak Jabatan, pemilihan kontraktor yang benar-benar melaksanakan tugas dengan sempurna akan memberikan imej yang baik kepada Jabatan Kerja Raya. Seharusnya data prestasi kontraktor hendaklah disimpan dan juga boleh dijadikan sebagai panduan dalam pemilihan kontraktor pengurusan fasiliti.
380 points 2 4 8
...