Sehingga kini, terdapat 291 kursus EPSA yang merangkumi pelbagai bidang (teknikal & non-teknikal) yang ditawarkan secara atas talian 24/7. Ianya wajar dijadikan sebagai platform pembelajaran dalam memperkasa pengetahuan dan kemahiran warga Jabatan.
Di samping itu, EPSA boleh berperanan sebagai mekanisme pengukuran inisiatif strategik keperluan menghadiri latihan 5/7 hari, seperti yang terkandung di dalam Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam ke arah melahirkan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.