Sekadar memberi pandangan.....
Secara lazimnya kontraktor tidak digalak melaksanakan apa-apa jua kerja tambahan melainkan telah mendapat kelulusan bertulis dari pihak berkuasa yang dipertanggunjawapkan dengan kuasa tersebut.
Disamping itu segala kerja tambahan melainkan telah dipersetujui lebih awal dan telah dimasukkan kedalam kontrak sebagai satu skop tambahan perlu dibincang dan melalui proses permohonan dan kelulusan.
Balik pada persoalan bagaimana untuk pastikan kerja pembaikan yang dituntut oleh kontraktor telah dilaksankan di tapak, prosesnya adalah sangat senang. Pihak tuan hanya perlu memastikan segala syor kerja pembaikan yang diluluskan itu dibekal dengan satu set Detail Method Statement yang telah diluluskan untuk dijadikan sebagai panduan untuk menyemak pencapaian kualiti kerja. Disamping itu setiap permulaan kerja wakil atau pihak harus dimaklumkan masa dan tarikh permulaannya.
Andai apa yang telah dibincang dan dilaksanakan seperti syor di atas, maka sudah pasti tidak lagi tertimbulnya masalah yang tuan hadapi.