search
Log In
8 votes
56 views
Apakah kaedah yang sesuai bagaimana membaiki kerosakan lapisan kalis air (water proofing) pada bumbung tempat letak kenderaan (flat roof)?
in Fixed Asset (Tak Alih) 11,340 points 7 10 17

2 Answers

7 votes

Sekadar memberi pandangan dan cadangan berlandaskan kepada amalan yang biasa dilaksanakan......

Pemeriksaan perlu dan harus dilaksanakan terlebih dahulu bagi mengenalpasti tahap dan jenis kerosakan yang terjadi pada lapisan kalis air pada bumbung sediada sebelum syor cadangan kaedah pembaikan dilaksanakan. Disamping itu jumlah peruntukan budget yang ada juga akan memainkan peranan yang sangat penting dalam penentuan pemilihan kaedah pembaikan ikut jenis bahan yang disyorkan.

Tindakan untuk membersih dan buangkan lapisan sediada perlu dilaksanakan terlebih dahulu demi mencapai surface quality yang bersesuian untuk kerja pembaikan bagi menjaminkan bahawa bondingnya tercapai.

Berikut ada beberapa kaedah yang mungkin pihak tuan boleh dijadikan sebagai rujukan:-

  • Waterproofing Screed - Ketebalan lapisan screed itu perlu merujukkan kepada syor pembekal ikut luas dan pendedahnya. Finished level dengan gradient yang mencukupi bagi mengalirkan air hujan perlu diambilkira. Dead load tambahan melalui screed itu juga harus dikajiselidik dengan merujukan kepada keupayaan bumbung itu untuk menampung beban tambahan sebelum pembaikan perlu diambilkira.
  • Polyurea Coating - Keadah ini menyerupai konsep applikasi protective coating, maka semakan terhadapi spesifikasi bahan oleh pembekal adalah sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan proses applikasi. Sedia dimaklum bahawa hampir semua jenis protective coating adalah sensitif terhadap kandungan kelembapan yang ada pada permukaan. Maka semakan terhadap Dew Point dan substrate ambient temperature sebelum applikasi adalah terlalu penting untuk menjamin kualiti bonding.
  • Bituminous Asphalt Sheet - Sebelum applikasi, permukaan harus kering dan tahap kelembapan yang ada pada permukaan bumbung itu perlu diambil perhatian. Kaedah ini perlu mengambilkira persediaan torch equipment, rolling equipment dan lapping requirement sebelum perlaksanaannya.
  • Over Topping with Tiles - Kaedah ini lebih pada tambahan satu lapisan baru keatas permukaan sediada dengan pemasangan tiles dengan pengawalan level yang betul bagi tujuan pengaliran air hujan. Dead load tambahan melalui lapisan pemsangan baru tiles itu harus dikajiselidik dengan merujukan kepada keupayaan bumbung itu untuk menampung beban tambahan sebelum pembaikan perlu diambilkira.
48,740 points 106 194 351
0

Terima kasih atas perkongsian Tn @TanCK smiley

2 votes
Bahagian Forensik, CKAS sedang menambahbaik spesifikasi yang terkini untuk digunapakai utk kerja-kerja pembaikan sistem kalis air dan tidak tertakluk kepada flat roof. Dijangka siap menjelang akhir tahun.
49,810 points 24 102 239
...