Seperti yang sedia maklum, projek pembinaan layak mendapat EOT bagi menggantikan tempoh PKP. Namun, pekara yang melibatkan projek jalan yang aktif, contohnya projek yang menggunakan TMP bagi laluan kontra untuk projek pelebaran jalan/pembinaan jambatan adakah kontraktor layak menuntut bayaran penyediaan kelengkapan TMP di tapak?
Bagaimana pula dengan tuntutan pihak kontraktor di dalam tempoh EOT seperti item preliminary dan TMP? Saya dimaklumkan bahawa EOT yang melibatkan PKP pihak kontraktor tidak layak menuntut loss & expenses. Bagaimana pula projek jalan yang melibatkan kerja kecemasan/kritikal di dalam tempoh PKP? mohon pandangan tuan/puan.