Sekadar memberi pandangan.....
Bukan semua kerja-kerja penyenggaraan memerlukan lukisan terukur terutama pada aset-aset bangunan lama (termasuk warisan) melainkan skop kerja itu ada terlibat dan berkaitan dengan isu-isu tanah dimana penentuan sempadan lot tanah itu menjadi isu utama.
Demi memudahkan proses diperingkat awal, adalah wajarnya pihak berkaitan membeli satu naskah Certified Plan (CP) sebagai panduan untuk menentukan kesahihan kedudukan bangunan sebelum membuat penentuan keperluan untuk melantik Juruukur Tanah bertauliah bagi melaksankan kerja ukur halus demi justifikasi batu sempadan lot tanah.
Balik pada persoalan lantikan untuk kerja ukur, pihak tuan boleh memasukkan ia sebagai salah satu item utama dalam kontrak sebelum lantikan dimuktamadkan. Kos dan keperluan data harus dinyatakan dengan jelasnya ke dalam BQ demi memudahkan proses lantikan.