Pendapat naif saya:
Bagi perkara ini, sekiranya sesuatu kontrak telah ditamatkan disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan perunding yang dilantik oleh pihak kontraktor bagi projek reka dan bina turut terjejas.
Untuk perkara yang diajukan sekiranya perunding tidak mengeluarkan letter of release, pihak puan perlu menyemak semula keperluan letter of release kepada JKR. Terdapat dua keadaan sekiranya Letter of Release (RL) diperlukan:
1. Keperluan RL daripada Perunding Asal, sekiranya:
i) Kontraktor asal yang ditamatkan tidak membuat bayaran sepenuhnya kepada perunding asal; dan
(ii) Tiada bukti pembayaran kepada perunding oleh kontraktor asal.
2. Keperluan RL tidak diperlukan daripada Perunding Asal, sekirannya:
(i) Kerajaan telah membuat bayaran kepada kontraktor asal;
(ii) Kontraktor asal telah menjelaskan bayaran kepada perunding; dan
(iii) Lukisan (drawings) telah diserahkan kepada Kerajaan.
Untuk perjelasan perkara ini pihak puan boleh rujuk di P.K 4.5 (Pindaan)- Tatacara Pengurusan Projek Sakit & Pelantikan Kontraktor Penyiap bagi Projek Sakit iaitu dibawah Item (4) (f) dan (g) -Pelantikan Perunding Asal atau Perunding Baharu Selepas Pengeluaran Notis Penamatan Kepada Kontraktor
Terima kasih.