search
Log In
6 votes
68 views
Sekiranya sesuatu kawasan tersebut telah mendap, bagaimana saya ingin tahu dalam masa akan datang akan berlaku lagi pemendapan atau tidak?
in Technical & Contract Admin 500 points 1 2 12

2 Answers

7 votes
 
Best answer

Mendapan dapat diramal melalui 2 peringkat.

Peringkat pertama adalah dengan melaksanakan analisis mendapan sama ada menggunakan:

  1. Traditional theoretical framework (i.e; Terzaghi, Skempton formula)
  2. Constitutive soil model berdasarkan numerical method (i.e; PLAXIS Finite Element Software)

Antara input utama yang diperlukan bagi tujuan analisis adalah deformation parameters (i.e; Cv, Cc, Cs, e0, E) yang lazimnya diintepretasi merujuk 1-dimensional / odometer test.

Manakala peringkat kedua adalah dengan melaksanakan pemantauan rekod-rekod instrumentasi (i.e; settlement gauge, settlement marker) geoteknikal ditapak. Rekod-rekod ini akan dicerap mengikut bilangan kekerapan dan suatu tempoh yang ditetapkan. Lagi banyak data yang dicerap lagi tepat ramalan yang dapat dibuat. 

Data-data ini kemudiannya akan diplot menggunakan kaedah Asoaka. Extrapolation selanjutnya dapat dibuat bagi menentukan jumlah mendapan keseluruhan (total settlement) pada lokasi berkenaan.

850 points 1 3 11
selected by
2 votes
Perkara tersebut boleh diketahui melalui analisa mendapan yang dikira melalui data-data yang diperolehi hasil daripada siasatan tapak.
280 points 1 1 6
...