search
Log In
4 votes
33 views
Berapa lamakah masa yang diambil oleh pihak Forensik Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG) untuk menyediakan laporan pemeriksaan setelah lawatan tapak dilakukan?
in Technical & Contract Admin 500 points 1 2 12

2 Answers

3 votes
Berdasarkan Piagam Pelanggan Pindaan 01-2019, Surat Maklumbalas Awalan bagi sesi lawatan tapak akan dikeluarkan oleh Pasukan Forensik Geoteknik merangkumi senarai pegawai yang hadir, tarikh lawatan dibuat, kategori kes (Berimpak Kecil atau Besar) dan sebagainya.

Sekiranya kategori kes sebagai Berimpak Kecil, Laporan Pengesyoran Pembaikan akan dikeluarkan dalam masa 14 hari dan Berimpak Besar dalam masa 7 hari. Sekiranya melibatkan kes pemantauan dan ujian makmal, Laporan Akhir akan dikeluarkan dalam masa 2 bulan setelah menerima data ujian maklmal dan data pemantauan.

Harap menjawab soalan pihak Puan. Terima kasih.
13,830 points 4 33 92
3 votes
Maklumbalas awalan hasil pemeriksaan yang dijalankan di tapak disediakan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas tarikh lawatan tapak dan laporan awal pemeriksaan forensik geoteknik disediakan dalam tempoh (2) dua minggu dari tarikh lawatan tapak untuk kegagalan impak kecil.
280 points 1 1 6
...