Berdasarkan Piagam Pelanggan Pindaan 01-2019, Surat Maklumbalas Awalan bagi sesi lawatan tapak akan dikeluarkan oleh Pasukan Forensik Geoteknik merangkumi senarai pegawai yang hadir, tarikh lawatan dibuat, kategori kes (Berimpak Kecil atau Besar) dan sebagainya.
Sekiranya kategori kes sebagai Berimpak Kecil, Laporan Pengesyoran Pembaikan akan dikeluarkan dalam masa 14 hari dan Berimpak Besar dalam masa 7 hari. Sekiranya melibatkan kes pemantauan dan ujian makmal, Laporan Akhir akan dikeluarkan dalam masa 2 bulan setelah menerima data ujian maklmal dan data pemantauan.
Harap menjawab soalan pihak Puan. Terima kasih.