search
Log In
6 votes
63 views
Bagaimana untuk memastikan sesuatu rekabentuk mengambilkira faktor kemudahsenggaraan? Masih terdapat isu seperti ini berlaku. Sebagai contoh kesukaran akses ke tangki simpanan air (aras bumbung)
in Mechanical 250 points 1 3 5

3 Answers

4 votes
umumnya .....diperingkat rekabentuk ...koordinasi semasa mesyuarat rekabentuk  kena firm dan jelas keperluan kebolehsenggaran  ...elak pindaan  rekabentuk  selepas semua  sudah muktamad  dan jika perlu pinda maka perlulah  koordinasi semula oleh semua  terutama arkitek , struktur ,mech dan QS...my2sen
4,330 points 3 15 54
2 votes
Kebolehsenggaraan adalah merupakan faktor yang penting untuk tujuan penyenggaraan sistem mekanikal yang dipasang. Bagi mengatasi masaalah kesukaran akses semasa penyenggaraan, ruang akses dan laluan yang sesuai dan mencukupi perlu diambilkira/disediakan pada peringkat awal pembinaan.
Koordinasi bersama Pihak Arkitek, C&S, Mekanikal dan Elektrik diperingkat rekabentuk awal perlu diadakan dengan teliti dengan mengambilkira faktor kebolehsenggaraan. Pindaan rekabentuk diperingkat akhir perlu dielakkan. Semasa pemilihan Sistem dan Peralatan, faktor Sais dan Beban Peralatan serta kesan sampingan semasa operasi peralatan (spt. bunyi, gegaran dll.) juga perlu diambilkira.
690 points 1 4 8
2 votes

Sekadar memberi pandangan....

Sebenarnya isu ini sejak dulu lagi kerap tertimbul, cuma mungkin proses penyelesaiannya tidak dikongsikan atau orang tak ambil berat sebab ia isu semasa yang terpencil.

Cara terbaik dan paling mudah adalah kerap semak laporan audit criteria penerimaan projek ketika siap untuk diserah dan proses penutupan NCRnya. Oleh kerana kesemua NCR yang ditemui perlu ditutup maka cadangan dan rumusan untuk mengatasi masalah atau isu perihal kemudahsenggaraan yang tertimbul mungkin boleh dijadikan sebagai panduan atau isu perbincangan kemudian hari.

Disamping itu HOPT, HODT, Pasukan projek dan pihak Senggara harus kerap mengadakan forum atau perbincangan perihal kemudahsenggaraan supaya segala cadangan atau rekabentuk tidak lagi menghadapi masalah yang sama. Susulan kepada perbincangan itu garis panduan baru perlu dibentuk dan diedarkan sebagai panduan demi mengelak berulangnya kesilapan yang sama.

48,800 points 106 195 351
...