Kebolehsenggaraan adalah merupakan faktor yang penting untuk tujuan penyenggaraan sistem mekanikal yang dipasang. Bagi mengatasi masaalah kesukaran akses semasa penyenggaraan, ruang akses dan laluan yang sesuai dan mencukupi perlu diambilkira/disediakan pada peringkat awal pembinaan.
Koordinasi bersama Pihak Arkitek, C&S, Mekanikal dan Elektrik diperingkat rekabentuk awal perlu diadakan dengan teliti dengan mengambilkira faktor kebolehsenggaraan. Pindaan rekabentuk diperingkat akhir perlu dielakkan. Semasa pemilihan Sistem dan Peralatan, faktor Sais dan Beban Peralatan serta kesan sampingan semasa operasi peralatan (spt. bunyi, gegaran dll.) juga perlu diambilkira.