search
Log In
4 votes
48 views

Setiap kali pengauditan SPB dilaksanakan, akan kedengaran isu berbangkit di mana tanggungjawab JKR terhadap Buku Harian Tapak bagi kontrak Reka & Bina. Ada yang menyatakan ianya tanggungjawab Kontraktor / Perunding sebagaimana perkara 29 dalam Kehendak Syarat Kontrak. Ada juga yang menyatakan tanggungjawab JKR kerana ianya akan menjadi rujukan utama apabila berlaku kes seperti permohonan lanjutan masa tambahan (EOT), kes mahkamah jika berlaku sebarang tuntutan dan sebagainya. Dari sudut Pengurusan & Pentadbiran Kontrak, apakah peranan pegawai JKR terhadap Buku Harian Tapak bagi Kontrak Reka & Bina? Penjelasan ini diharap dapat membantu hala tuju para Auditor dan Auditee semasa sesi pengauditan nanti.

in Contract Management 740 points 1 2 10

1 Answer

2 votes

Sila rujuk kepada Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya - Item 9.6 Rekod Tapak Binaia telah dengan jelasnya menyatakan pegawai dari kalangan PP yang perlu mengisi Buku Harian Tapak.

48,800 points 106 195 351
...