search
Log In
4 votes
34 views
Tandatangan Lukisan KM oleh Jbtn Tanah & Galian mengambil masa 2 minggu.  Sekiranya semasa Mesyuarat UR20A terdapat ulasan atau komen oleh PlanMalaysia yang perlu ditambahbaik oleh pasukan perekabentuk JKR, adakah proses tandatangan tersebut perlu dilaksanakan semula? Sekiranya iya, ini akan melewatkan kenyataan iklan tender bagi sesuatu projek.  Adakah cara yang mudah bagi menyelesaikan masalah ini?
in Time Management 15,200 points 20 40 114

1 Answer

2 votes
Kebenaran Merancang adalah satu peringkat kelulusan yang perlu diperolehi sebelum sesuatu projek di laksanakan. Walau bagaimanapun, bagi projek - projek kerajaan yang di laksanakan secara dalaman JKR, Kebenaran Merancang (KM) dikemukakan kepada PLAN Malaysia melalui kaedah UR20A. Sekiranya terdapat ulasan - ulasan daripada Agensi Teknikal di dalam Jawatankuasa Rundingan 20A, pihak HODT perlu membuat pembetulan terhadap lukisan (pelan) dan mengemukakan semula kepada Agensi Teknikal dan PLAN Malaysia untuk kelulusan. Peringkat ini di kenali sebagai Pelan Tunai Syarat. Tempoh pengemukaan Pelan Tunai Syarat ini tidak ditetapkan oleh pihak PLAN Malaysia walau bagaimanapun ianya perlu 'ditutup' sebelum CPC di keluarkan.

Apakah tindakan segera yang boleh di buat HODT?

Setelah ulasan - ulasan Agensi Teknikal dari UR20A diterima, pihak HODT hanya perlu membuat pindaan di dalam Lukisan Tender untuk mengelakkan kelewatan iklan projek. Dalam masa yang sama Pelan Tunai Syarat perlu dikemukakan kepada Agensi Teknikal / PLAN Malaysia untuk kelulusan penuh.
3,160 points 3 12 31
0

 Sebelum pindaan  Lukisan Tender dikemukakan kepada Agensi Teknikal / PLAN Malaysia untuk kelulusan penuh, lukisan tersebut perlu ditandatangan semula oleh pihak pelanggan dan Jabatan Tanah & Galian, ini salah satu menyumbang kelewatan penyiapan sesuatu projek. Tapi sebagaimana penerangan puan, perlu dan boleh ditutup sebelum CPC dikeluarkan, adakah ini untuk keputusan LULUS BERSYARAT dari Plan Malaysia?

0

Saya ingin mendapat kepastian: KM perlu 'ditutup' sebelum CPC di keluarkan atau sebelum pengeluaran SST?

1
Segala 'ulasan' PBT di dalam UR20A perlu dipatuhi sebelum projek siap atau CPC dikeluarkan.
0

smileyterima kasih di atas respond puan 

...