search
Log In
6 votes
43 views
Assalamualaikum..

Saya ingin bertanya, situasinya adalah contoh sebegini, MOF telah bersetuju mengurangkan harga kontrak daripada RM20.1 Juta kepada RM18 Juta tanpa melibatkan pengurangan ke atas skop kerja di dalam kontrak. Kontraktor juga telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk pengurangan harga kontrak. Persoalannya adakah SHO masih diperlukan di tapak bina?
in Human Resource Management 270 points 1 2 5

2 Answers

4 votes
 
Best answer
Waalaikumusalam

Untuk makluman, di bawah akta OSHA1994 OSHA SHO Regulations 1997 Kontraktor bertanggujawab menyediakan Pegawai Keselamatandan Kesihatan (SHO) bagi projek dengan kos kontrak melebihi RM20 juta.

Merujuk kepada soalan, kerana kos kontrak RM18 juta kontraktor hanya perlu menyediakan Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS-Site Safety Supervisor) di tapak.

Untuk lebih pencerahan boleh terus bertanya dengan Urusetia Induk KKP, CDPK.

Terima Kasih.
3,930 points 3 21 54
selected by
1 vote
Memandangkan harga kontrak telah berkurang kepada RM 18 Juta. Tiada keperluan untuk melantik SHO. Hanya perlu melantik SSS sahaja. Walau bagaimanapun bagi projek - projek JKR, mostly SSS dilantik secara sepenuh masa (full time), sila rujuk dalam BQ projek berkenaan.
3,160 points 3 12 31
0
Dlm kontrak ada mention SHO sbb kos >RM20j.

Tapi tiba-tiba potong jadi kos RM18j.

Kalau nak letak SSS tak boleh, sbb dlm kontrak nak SHO.

Kena letak SHO yang bergaji SSS.
...