Mengambilkira lantikan pertama pegawai dalam JKR ialah seorang "fresh graduate", saya berpandangan laluan kerjaya yang terbaik ialah sewajarnya MESTI melalui fasa-fasa awal penempatan berikut :-
Fasa 1 (2-5 tahun pertama) : penempatan di cawangan pakar, Ibu Pejabat
Fasa 2 (3-7 tahun) : penempatan di daerah/negeri
Fasa 3 (2-5 tahun) : penempatan KADER/Ibu pejabat
(Fasa seterusnya ulang balik Fasa 1 hingga 3 mengikut kesesuaian keperluan perjawatan)
Laluan kerjaya selama 15-20 tahun pertama di ketiga-tiga fasa tersebut Insyaallah cara terbaik melahirkan penjawat awam teknikal yang kompeten dalam bidang hakiki masing2.
Hanya pandangan saya sahaja. Mungkin sukar dilaksanakan, tapi yang paling sukar ialah kali pertama untuk dijadikan norma baru. 