search
Log In
13 votes
160 views

Bagaimanakah cara terbaik untuk merancang kerjaya di JKR Malaysia ?

in Human Resource Management 3,480 points 4 13 36

3 Answers

7 votes
Dalam merancang kerjaya di jabatan, seeloknya setiap displin menyediakan rangka kerja kemajuan kerjaya (career progression framework) yang lengkap bagi setiap pegawai dan kakitangan (sekiranya belum ada) untuk dijadikan sebagai panduan.

Melalui rangka kerja ini, setiap individu boleh mengenalpasti pelan jangka masa pendek/sederhana/panjang dlm mencorak kerjaya masing-masing sama ada dari segi penempatan, peluasan ilmu pengetahuan, pemerkasaan kemahiran dan pesijilan/kelayakan profesional.

Program mentorship boleh diperluaskan kepada semua dan tidak tertakluk kepada perkara-perkara berkaitan kerja/teknikal sahaja. Di samping itu, sesi perkongsian pengalaman oleh pegawai/kakitangan yang telah lama bertugas juga boleh dilaksanakan. Ianya sedikit sebanyak dapat membimbing pegawai/kakitangan Jabatan dalam pelbagai aspek.
7,180 points 5 22 52
6 votes

Mengambilkira lantikan pertama pegawai dalam JKR ialah seorang "fresh graduate", saya berpandangan laluan kerjaya yang terbaik ialah sewajarnya MESTI melalui fasa-fasa awal penempatan berikut :-

Fasa 1 (2-5 tahun pertama)  : penempatan di cawangan pakar, Ibu Pejabat

Fasa 2 (3-7 tahun) : penempatan di daerah/negeri 

Fasa 3 (2-5 tahun) : penempatan KADER/Ibu pejabat

(Fasa seterusnya ulang balik Fasa 1 hingga 3 mengikut kesesuaian keperluan perjawatan)

Laluan kerjaya selama 15-20 tahun pertama di ketiga-tiga fasa tersebut Insyaallah cara terbaik melahirkan penjawat awam teknikal yang kompeten dalam bidang hakiki masing2.

Hanya pandangan saya sahaja. Mungkin sukar dilaksanakan, tapi yang paling sukar ialah kali pertama untuk dijadikan norma baru. smiley

11,620 points 15 39 77
1

saya bersetuju, cadangan yg padu Tn @zainalma

1 vote

Pada saya semua pegawai sekarang mesti menguasai ilmu tidak terhad kepada discipline masing-masing  semata- mata  and must be able to work with discipline and both within and outside engineering fields juga, Erti kata lain 'interdisciplinary competence'....e.g subject matter expertise , operation expertise and leadership , regardless of tempoh masa. Pegawai terus kekal relevan dan inline  with needed of  of digitalization  . 

Jadi laluan kerjaya itu akan  sendirinya menjadi lebih  baik dan flownya lebih significant walaupun di mana kita ditempatkan......Now we work with new normal and be prepared for the next normal as well........my2sen...

4,430 points 3 15 54
...