search
Log In
5 votes
34 views
Plan Strategik JKR 2021-2025 menyasarkan 80% pemerkasaan adaptasi BIM perlu dicapai.  Oleh itu apakah peranan dan tugas pejabat HOPT dalam melaksanakan BIM? Mohon pencerahan.
in BIM 15,540 points 20 41 115

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Bagi memastikan adaptasi BIM dalam projek JKR berjalan dengan lancar, setiap pihak perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing sama ada HOPT, HODT, PP, PTB serta pelanggan.

Kaedah pelaksanaan projek masih lagi berpandukan SPB. Bagi projek-projek yang akan dilaksana secara BIM, dokumen rujukan BIM seperti BIM:Brif JKR, Garis Panduan BIM JKR, Piawaian BIM JKR, Manual Proses Kerja BIM JKR dan lain- lain dokumen berkaitan perlulah dirujuk bersama.

Secara umumnya, peranan dan tanggungjawab HOPT adalah seperti berikut:

  1. Memastikan projek yang dilaksana BIM mengikut dokumen rujukan yang berkaitan;
  2. Keperluan BIM seperti latihan, perisian, komputer serta kontraktual disediakan. Latihan bolehlah merujuk kepada POL, CREaTE manakala perisian & komputer bolehlah merujuk BTM ataupun menggunakan BIM Centre (Blok F) atau Studio BIM (PJD). Kontraktual pula bolehlah merujuk pihak CKUB;
  3. Pelaksanaan Pelan Projek BIM dengan mengadakan bengkel bersama HOPT dan HODT;
  4. Memastikan HODT melaksana reka bentuk secara BIM;
  5. Menyelaras skop BIM dan objektif BIM dalam projek masing-masing; dan
  6. Mengurus projek secara BIM.

Sekiranya terdapat kemusykilan, bolehlah berhubung dengan Unit BIM, CPAB (sebagai pemudahcara dalam pelaksanaan BiM).

21,080 points 15 51 133
selected by
1

Terima kasih Ir @FaizS atas penjelasan lengkap mengenai peranan dan tanggungjawab pejabat HOPT berkaitan pelaksanaan BIM yes

1
Terima kasih tuan di atas penerangan tersebut.  Saya cadang elok Unit BIM membuat edaran segala risalah dan buku panduan kepada pejabat HOPT agar pelaksanaan BIM dapat diaplikasikan dengan mudah dan teratur.
2
Terima kasih diatas cadangan tersebut. Insya Allah, akan dikemukakan kepada pihak pengurusan CPAB untuk cadangan tersebut.
...