search
Log In
8 votes
88 views

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Berdasarkan norma baharu penyampaian perkhidmatan penjawat awam yang banyak menganjurkan mesyuarat, kursus, ceramah dan lain-lain program rasmi jabatan secara dalam talian yang melibatkan pelbagai gred dan jawatan. 

Program-program seperti ini sudah semestinya memerlukan peralatan ict atau device yang bersesuaian seperti webcam, headphone, microphone dan lain-lain bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan program.

Bagi kegunaan di pejabat, adakah terdapat sebarang usaha oleh pihak CDPK/BTM untuk menyemak keperluan peralatan-peralatan tersebut di setiap cawangan? Adakah permohonan kelonggaran kepada Pegawai Pengawal/KKR telah dipohon agar kuasa kelulusan perolehan peralatan-peralatan tersebut diberikan kepada Pengarah Cawangan/Negeri?

Sekian terima kasih

in ICT 8,680 points 10 19 46
retagged by

2 Answers

4 votes
Dalam masa terdekat, mungkin pihak BPKS atau BPK pejabat masing-masing boleh ambil inisiatif untuk membuat pembelian dengan menggunakan lebihan peruntukan belanja mengurus di bawah OS20000 bagi tujuan perolehan peralatan ICT untuk kegunaan online meeting.

Memang akan banyak membantu sekiranya setiap pegawai dan kakitangan dapat dibekalkan dengan webcam dan microphone kerana ramai yang menggunakan pc (tiada webcam) semasa online meeting.
7,180 points 5 22 52
3 votes
Saya juga mengambil inisiatif sendiri membeli webcam built in microphone utk tujuan rasmi di pejabat
1,460 points 2 10 21
2
Untuk makluman tuan, saya juga membeli sendiri webcam untuk kegunaan rasmi dipejabat dgn bajet dan kualiti ala kadar. Adalah lebih baik sekiranya perolehan webcam yang lebih berkualiti dalam kuantiti yang banyak dapat dilaksanakan secara berkelompok diselaraskan oleh pihak BTM serta kelulusan pihak KKR bagi perolehan aset dapat diperolehi dengan lebih teratur.
...