search
Log In
14 votes
228 views
in Human Resource Management 660 points 3 8 9

1 Answer

3 votes

Senarai kekananan di JKR adalah berdasarkan senarai kenaikan pangkat yang disusun oleh pihak JPA. Untuk mengetahui senarai kekananan perlu mengetahui keadah kenaikan pangkat dilaksanakan di JKR. Kenaikan pangkat di JKR adalah berdasarkan batch kemasukan pegawai ke JKR.

Sebagai contoh, semua pegawai gred J41 bagi tahun 2005 akan dikemukakan kepada JPA untuk kenaikan pangkat ke gred J44, seterusnya JPA akan menyusun semula pegawai berdasarkan markah LNPT (3 tahun semasa) daripada tertinggi hingga terendah. Pada peringkat ini, kemungkinan terdapat pegawai kemasukan pada bulan Disember akan lebih tinggi kedudukan kekananan daripada pegawai masuk pada bulan Januari. Terdapat beberapa kes pegawai tertinggal daripada batch kenaikan pangkat seperi markah LNPT yang rendah, kelulusan PTK yang lambat, kesalahan tatatertib dan sebagainya. 

Markah LNPT adalah isu di JKR, bagi mengatasi ketidakseragaman markah LNPT di Cawangan/JKR Negeri/Kader, pihak Pihak Pengurusan Atasan JKR telah memperkenalkan temuduga kenaikan pangkat bagi gred J48 dan ke atas.

4,310 points 6 14 26
...