search
Log In
9 votes
28 views

Pejabat tanah tidak memproses permohonan ukur atau pun tidak memaklumkan pengeluaran Pelan Akui (PA) kepada tuan tanah (pelanggan).

in Stakeholders Management 4,340 points 8 51 63

1 Answer

6 votes
 
Best answer
JKR sebagai Agensi Teknikal boleh memaninkan peranan untuk membantu pihak Jabatan Pelanggan dalam mendapatkan Pelan Akui daripada Pejabat Tanah dengan menasihatkan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi mempercepatkan proses mendapatkan pelan tersebut.

Adakalanya, pihak Jabatan Pelanggan kurang arif tentang tindakan yang harus diambil untuk mendapatkan Pelan Akui bagi membolehkan proses perlaksanaan projek boleh bermula diperingkat JKR.

JKR tidak semestinya hanya menunggu Jabatan Pelanggan mendapatkan Pelan Akui baru hendak bertndak untuk memulakan proses bagi melaksanakan projek yang diterima dari pihak Jabatan Pelanggan.

Apabila JKR menunjukkan kesungguhan untuk membantu Jabatan Pelanggan melaksanakan projek yang diberikan dalam apa jua isu teknikal, selalunya Jabatan Pelanggan akan lebih memahami situasi apabila projek tidak boleh dilaksanakan mengikut jadual disebabkan oleh isu tanah atau hak milik yang belum selesai, atau sebagainya, dan tidak mudah menuding jari mengatakan JKR lewat melaksanakan projek yang diberikan.
10,740 points 10 42 73
selected by
...