search
Log In
26 votes
212 views
Ini adalah untuk menyediakan tenaga kerja yang lebih kompeten dan lebih bersedia untuk bertugas. Ianya juga dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan yang mungkin dilakukan oleh pegawai-pegawai baru ini.
in Human Resource Management 470 points 3 5 7

3 Answers

13 votes
 
Best answer

Saya bersetuju dengan cadangan untuk melatih pegawai baru di JKR di mana saya berpendapat perkara ini akan dapat dilaksanakan selepas Pusat Kecemerlangan Teknikal Negara (PKTN) siap dibina kelak.

Pendekatan melatih pegawai telah cuba dilaksanakan oleh Owner Kompetensi Jurutera Daerah di mana terdapat beberapa siri bengkel telah dilaksanakan bagi mengenalpasti kompetensi yang diperlukan oleh Jurutera Daerah semasa melaksanakan tugas.

Modul Latihan Jurutera Daerah sedang dibangunkan merangkumi semua bidang diperlukan seperti softskill, pentadbiran, perancangan, rekabentuk, pembinaan dan senggara termasuk kompetensi senibina, mekanikal, elektrik dan ukur bahan.

4,310 points 6 14 26
selected by
12 votes

Bahagian Sumber Manusia, CPK patut pertimbangkan cadangan diatas walaupun kita perlu 'meniru' kaedah pegawai kerajaan lain / profesion lain seperti PTD melalui Diploma Pentadbiran Awan, Guru melalui Diploma Perguruan, Polis/ Tentera melalui program kadet, Doktor melalui program Housemanship, Lawyer melalui program  Chambering,  dan lain-lain.

 

Bagi Jurutera/Arkitek/ pegawai teknikal pula wajar mewujudkan program Apprenticeship yang mandatori dan structured training bagi pegawai-pegawai baru sebagai syarat perkhidmatan dan pengiktirafan profesional. Mungkin JKR juga boleh adakan program  "Diploma Pengurusan Kejuruteraan Infrastruktur  ( Diploma in Infrastructure Engineering Management (DIEM)".  enlightened

6,610 points 22 55 80
edited by
11 votes

Saya berpendapat Modul Latihan Jurutera Daerah sepatutnya diperluaskan juga kepada semua pegawai JKR terutama sekali pegawai yang baru dilantik berkhidmat di JKR.

Saya amat menyokong satu modul diadakan bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua pegawai baru JKR dan selepas itu, dibuat Back to Basics dari masa ke semasa bagi semua pegawau JKR yang telah berkhidmat diantara 5 - 15 tahun atau lebih sebagai refresher course.

Softskill kini semakin berkurangan dilkalangan pegawai-pegawai kita, yang mana, ia amat diperlukan untuk berkomunikasi dengan Agensi Pelanngan, pihak atasan JKR mahupun pihak atasan dari agensi lain, orang umum dan sebagainya.

Handling people the right way with the right softskill makes a lot of difference in how the othe party is going to react to you or the department in return.

10,740 points 10 42 73
...