search
Log In
8 votes
162 views
in Building 2,760 points 6 23 31

1 Answer

3 votes
Pihak pelaksana skim pH JKR (CAST) telah mengadakan satu siri roadshow keseluruh negara pada tahun lepas dan telah mengadakan beberapa sesi pengenalan kepada beberapa peringkat jabatan seperti di SOC, msesyuarat pengarah, mesyuarat disiplin arkitek, awam dan lain-lain.

Pihak CAST juga telah turun padang kepada HOPT dan pasukan projek yang ingin melaksana pH di dalam projek mereka. Membantu memberi khidmat nasihat dan promosi supaya pihak pasukan projek berasa mudah untuk menggunakan skim ini dan menggunakannya di dalam projek2 yang lain juga.

Selain dari itu, di bawah satu dari inisiatif utama bagi Tema 4, Leading Sustainability di dalam Kerangka Strategik JKR, penggunaan pH JKR adalah dipantau dan KPI telah ditetapkan di bawah inisiatif ini supaya penggunaan pH akan meningkat.

Dan sebagai perkembangan terkini, pihak JKR dan CIDB sedang didalam proses menggabungkan kedua-dua skim pH JKR dan GreenPASS. Yang mana pH JKR adalah menekankan kepada elemen-elemen hijau yang di masukkan ke dalam rekabentuk bangunan. Manakala, GreenPass pulak menekankan kepada pengiraan karbon dioksida(gas rumah hijau) yang dilepaskan oleh setiap aktiviti di dalam pembangunan sesuatu bangunan. Adalah diharapkan skim yang digabungkan ini akan dapat dijadikan skim penarafan hijau nasional dan akan dapat digunakan oleh semua pihak.
3,210 points 3 14 24
...