Sebab-sebab kelewatan yang sering diberikan atau digunakan oleh kontraktor untuk mendapatkan EOT adalah lewat mendapatkan lukisan, lewat perlantikan NSC (elektrikal/mekanikal) dan cuaca. Sehubungan itu penyediaan lukisan perlu lengkap sebelum LA dikeluarkan. Begitu juga perlantikan NSC perlu disegerakan. Tempoh kontrak hendaklah mengambilkira faktor cuaca terutama semasa Pengeluaran LA dikeluarkan (umpamanya LA keluar musim tengkujuh). Sekiranya perkara ini ditangani sebelum LA dikeluarkan , maka tiada ruang bagi kontraktor mendapatkan EOT dan ini sudah pasti dapat meminimakan bilangan EOT projek