search
Log In
10 votes
53 views
Benarkah konsep pelaksanaan projek secara konvensional di jkr akan di kurangkan atau tidak lagi digunakan sebaliknya menggunakan konsep Reka & Bina .Jika benar, apakah peranan JKR seterusnya?
in Project Management 240 points 2 2 5

2 Answers

3 votes
Projek konsep reka & bina, hanya untuk yang besar/kompleks seperti hospital yang sedikit bilangannya. Projek2 yang kecil & sederhana yang banyak adalah dibawah JKR samaada konvensional dalaman/perunding. Dalam projek reka & bina, JKR berperanan untuk sedia needs statements, menyelaras dengan pihak klien semasa proses perancangan & rekabentuk dan menyelia/mengaudit kerja2 pembinaan.
23,630 points 31 76 151
2 votes
SPP 3 Tahun 2006 ada memaklumkan bahawa semua projek kerajaan yang melebihi RM5juta perlu merujuk kepada Jabatan Teknikal (JKR / JPS) dalam melaksana projek tersebut.

SPP2 tahun 2011 juga ada menerangkan dengan jelas maksud tersebut bagi mendapatkan perkhidmatan daripada Jabatan Teknikal dengan mengemukakan maklumat yang lengkap.

Oleh yang demikian, sekiranya agensi yang ingin melaksana sendiri projek, ianya perlu mendapatkan pelepasan daripada Jabatan Teknikal tersebut.
17,700 points 15 45 120
...