search
Log In
13 votes
665 views
in Project Management 7,270 points 15 33 66
recategorized by

5 Answers

7 votes
Antata langkah yang boleh diambil bagi projek dalam pembinaan adalah mengeluarkan surat amaran semasa projek mengalami kelewatan lebih 1 bulan atau 10% kelewatan dan diikuti dengan sekurang-kurang amalan kali kedua sudah mencukupi setelah dikuti 2 minggu berturut-turut masih tiada kemajuan yang memberangkan. Ada pihak yang mencadangkan sekali amaran sudah memadai dan dikuti dengan Notis Untuk Tujuan Penamatan sekiranya kontraktor masih tidak juga menunjukkan kesungguhan dengan prestasi yang lebih baik selepas projek melebihi 20% atau kelewatan melebihi 2 bulan. Sekiranya selepas 14 hari diberikan notis ini dan kontraktor masih juga tidak dapat menunjukkan prestasi yang memuaskan maka urusan penamatan pengambilan kerja kontraktor hendaklah terus diambil.

Langkah lain ialah semasa pemilihan kontraktor lagi hendaklah memilih kepada kontraktor yang mempunyai reputasi baik dan benar-benar dapat melaksanakan projek dengan memuaskan berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan dengan projek-projek yang lepas dan kontraktor dapat dipastikan boleh melaksanakan projek dengan kos yang telah diberikan tanpa sebarang masalah walaupun dengan kenaikan kos bahan binaan.

Antara langkah lain juga hendaklah dipastikan kontraktor benar-benar kukuh dari segi kewangan dengan tidak berharap kepada bayaran kemajuan sahaja disamping mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam menguruskan projek sendiri dan tidak menjualkan atau memberikan sub kepada banyak pihak lain.
42,490 points 27 106 201
4 votes
Pihak CIDB adalah berperanan untuk mengadakan kursus & latihan untuk pertingkatkan kecekapan dalam pengurusan kontraktor. Pihak kontraktor mesti dilatih secara berterusan untuk tingkatkan prestasi mereka sebagai syarat bagi kekal terlibat dalam industri pembinaan.
23,620 points 30 76 151
5 votes

Jkr perlu buat sesuatu tentang perkara ini dan tidak hanya menyerahkan kepada tindakan akta kontrak semata mata. Mengikut rekod,pengurusan dalaman kontraktor yang lemah adalah faktor utama kelewatan projek2 JKR. Penglibatan JKR amat terhad terhadap pengurusan dalaman mereka, menyebabkan kita bergantung sepenuhnya kepada mereka dalam menguruskan projek, kita hanya sebagai pelapor kemajuan. Tindakan pencegahan seharusnya diwujudkan mengikut amalan yang terbaik bagi memastikan kontraktor merancang perjalanan projek dengan cemerlang. Tindakan pencegahan ini mungkin pemberian markah prestasi bulanan yang mempengaruhi bayaran interim,penyediaan checklist bagi setiap task supaya semua peringkat kerja boleh dipantau atau mewajibkan kontraktor melantik certified 

schedule planner/certified project manager dalam menyediakan CPM. Apa yang berlaku kini ialah nak submit Jadual Kerja /CPM pun lambat dan apabila diterima, tidak logic dan tidak munasabah. Proses ini sahaja boleh memakan masa selama beberapa bulan. 

5,440 points 12 26 73
0
Pada pendapat saya, pihak jkr dan kontraktor memainkan peranan yang penting bagi menjayakan sesuatu projek.Kita juga harus tengok dari perspektif peranan hopt, hodt, so dan wakil so. Kadang-kadang kita dapati banyak masalah "communication breakdown" antara pihak ini juga menyumbang kepada kelewatan. Banyak jkr boleh bantu antaranya: 1. Percepatkan interim payment. Payment kepada kontraktor boleh dibayar dengan minima 1000.00. Ini kadang-kadang terikut-ikut dengan amalan mahupun tunggu ratus- ratus ribu baru nak bayar. Kita mesti tukar mentaliti kakitangan sokongan kita yang membantu menguruskan bayaran. 2.Jkr mestilah tegas dalam menguruskan kontrak berdasarkan klausa kontrak. 3. SO dan wakil so yang menguruskan projek tidak boleh serah bulat- bulat kepada kumpulan sokongan untuk membuat keputusan terutamanya dari segi kualiti, kos dan masa. Penentuan Vo ditapak tidak boleh diserahkan kepada kumpulan sokongan buat keputusan. 2. So/wakil so perlu perlu memastikan tidak berlakunya unsur2 yang tidak sihat dari segi integriti kerana bila berlaku perkara ini akan menyebabkan so/wakil so akan jadi tidak tegas dalam soal kualiti, lanjutan masa dan vo. Harap maaf sekiranya pandangan /persepsi saya ini sekiranya tersinggung sesiapa yang menggunakan laman j cop.
6 votes
Tindakan yang lebih berat dan serius harus diambil keatas Kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual.

Kebanyakkan Kontraktor kini sudah lali dengan Surat Amaran yang dikeluarkan oleh JKR dan mengambilmudah Surat Amaran tersebut sehingga kontrak hendak ditamatkan kontrak atau telah ditamatkan kontrak barulah mereka nampak bahwa JKR benar-benar serius dalam mengambil tindakan keatas Kontraktor yang gagal.
10,580 points 9 40 73
0
Semua tindakan yang dibuat hendaklah selaras dengan Dokumen Kontrak yang telah ditandatangani.Jika dibawa ke mahkamah, perkara-perkara berikut hendaklah diberikan perhatian :

1. Dokumen kontrak hendaklah ditandatangani oleh individu yang sah;

2. Minit mesyuarat tapak perlu kemaskini dan pastikan wakil kontraktor yang menghadiri mesyuarat tapak adalah wakil yang sah ( ada surat perlantikan oleh kontraktor) dan boleh membuat keputusan;

3. Site Diary perlu lengkap bertandatangan oleh individu yang sah;

4. Semua surat-surat yang berkaitan AMARAN, NOTIS PENAMATAN KONTRAK hendaklah dihantar dengan AR REGISTERED /POS LAJU; dan

5. Pastikan semua tindakan menepati syarat-syarat kontrak yang telah ditandatangani.
4 votes
Elakkan kelemahan pengurusan projek di pihak JKR jadi penambah kepada kelemahan pengurusan kontraktor. Seringkali kelewatan kita dalam membuat keputusan dan juga menyediakan dokumentasi projek boleh menjejaskan lagi kemampuan kontraktor.
2,220 points 2 10 23
0
Kita perlu buat siasatan punca kegagalan projek tidak dapat disiapkan.Mengikut pengalaman saya, punca utama projek gagal disiapkan ialah:

1. domestik sub kontraktor tidak mendapat bayaran kemajuan daripada kontraktor utama;

2. Kontraktor mempunyai rekod bayaran yang tidak baik dengan pembekal bahan binaan;

3. kontraktor utama mengsubkan projek sepenuhnya kepada domestik sub kontraktor tanpa ada perjanjian yang sah di segi undang-undang; dan

4. Bayaran kepada kontraktor secara bulanan lewat dibuat oleh jkr kerana menunggu tuntutan dikemukakan oleh  kontraktor kepada jabatan.
...