search
Log In
8 votes
175 views
in Bridge 8,110 points 25 56 91

1 Answer

12 votes
Tuan,

Dalam kes ini, ianya memerlukan mereka yang betul-betul pakar dalam bidang Geoteknik untuk membuat judgement. Walaubagaimanapun suka saya beri sedikit pengetahuan yang ada.

Untuk makluman, tujuan Sonic Logging Test  ialah untuk menentukan consistency of concrete. Ianya untuk mengetahui berlaku necking atau tidak kepada borepile tersebut. Result yang ditunjukkan kalau tak salah saya cuma dalam bentuk wave.

Dalam kes tuan, ujian sonic logging tidak menunjukkan keseragaman manakala MLT adalah OK. Pada pendapat saya, jika MLT telah lulus maka tiada masalah dengan borepile ini kerana the most important ialah MLT.

Walaubagaimanapun, result Sonic Logging Test juga perlu diteliti samada ianya menunjukkan berlaku necking yang kritikal atau tidak pada borepile tersebut. Bagi saya tuan boleh merujuk result Sonic Logging Test kepada Dr HM Aziz kerana Dr HM Aziz pakar dalam bidang ini.

Pada pendapat saya juga, Sonic Logging Test ini sesuai untuk diameter yang besar. Dalam kes tuan, diameter borepile tidak dinyatakan.

Sekian, terimakasih.
27,230 points 72 155 199
0
Dalam rekabentuk, kedua-dua limit state iaitu Ultimate Limit State dan Serviceability Limit State perlu dinilai.

Persoalan disini ialah samada kedua-dua limit state ini perlu dipatuhi atau salah satu atau limit state yang mana lebih kritikal. Serviceability juga membawa maksud ketahanan (durability) dan jangka hayat memerlukan 75 tahun atau lebih. Ketidakseragaman konkrit dimaksudkan ialah "porous concrete".

Dibuka untuk perbincangan dan lain-lain pendapat sangat-sangat dialu-alukan.
0
Apa yang saya faham, Sonic Logging Test ialah untuk mengetahui Cosistency of concrete samada ianya berlaku necking atau tidak. Resultnya pula dalam gambaran "wave"

Saya tak pasti Sonic Logging test boleh check "Porous concrete"?? Mungkin tuan lagi arif.
0

Saya hanya memetik daripada laporan ujian menunjukkan terdapat "zone of porous concrete, soil inclusion and/or other faults" pada kedalaman tertentu pada borepile.

0

Andai kejadian porous concrete telah berlaku, maka durability untuk borepile tersebut akan terjejas kerana besi tetulang yang berada dilokasi tersebut bersar kemungkinan akan menghadapi proses corrosion yang lebih aktif dan rate of corrosion mugkin akan turut menigkat jika tanah tersedap berada didalam keadaan dimana PHnya adalah kurang dari 9.

...