search
Log In
8 votes
192 views
Kebelakangan ini terdapat beberapa projek yang menghadapi sistem lif yang tidak berfungsi dengan efisyen selepas projek diserahkan menyebabkan pihak Agensi Pelanggan membuat andaian bahwa seolah-olah JKR menyerahkan bangunan yang kurang sempurna atau 'defective', atau JKR tidak melaksanakan pemeriksaan yang cukup rapi untuk memastikan semua sistem Mekanikal & Elektrik berfungsi dengan sempurna sebelum projek diserahkan.

Apa tindakan JKR dalam hal ini.
in Mechanical 10,580 points 9 40 73

1 Answer

7 votes
 
Best answer

JKR terutamanya Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah mengambil segala tindakan yang perlu untuk memastikan pemasangan lif dan operasi selepas penyerahan kepada pelanggan berjalan dengan baik dan beyond client's expectation . Penambaikan keatas spesifikasi lif serta tambahan kepada ciri-ciri keselamatan telah dilaksanakan. Untuk makluman juga, pemasangan lif ini dilaksanakan oleh Firma yang Kompetent dan disahkan pemasangan mengikut standard dan menepati keperluan JKKP oleh Lift Competent Person yang mesti  berdaftar dengan JKKP dan selanjutnya semua lif yang dipasang itu di uji oleh pegawai dari JKKP sebelum lif itu boleh diserah dan digunakan oleh pelanggan.

Faktor yang boleh menyumbang kepada prestasi yang kurang baik:

1. Penawaran tender telah dibuka kepada semua third party contractor yang berdaftar dengan CIDB(policy semasa) dan bukan hanya kepada OEM- Original Equipment Manufacture seperti sebelum ini. Semua OEM mesti dan telah tersenarai dalam Firma yang Kompeten yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam pemasangan lif yang merupakan "Core Business" mereka.

2.Peralatan yang diterima pada masa ini kebanyakan nya dikilangkan di Malaysia/China dan walaupun memenuhi spesikasi yang ditetapkan tetapi prestasi tidak sebaik seperti dulu kerana kontraktor bersaing untuk mendapatkan tender dan tidak berkemampuan untuk memberi atau mencadang peralatan yang lebih berkualiti.

3. Pihak pelanggan yang tidak memahami operasi lif, walaupun telah diberi latihan diatas operasi lif sebelum penyerahan bangunan. Operasi lif pada masa ini menggunakan teknologi tinggi ( digital control / very sensitive) dan umpamanya jika pintu ditahan terlalu lama ( semasa pindahan masuk bangunan) ia akan menyebabkan lif itu berhenti secara automatic dan hanya boleh dijalankan semula selepas beberapa minit, pihak pelanggan akan beranggapan lif itu rosak atau sering menhadapi masalah.

4. Kemungkinan kurang penelitian semasa kerja-kerja penyelenggaraan dijalan semasa DLP dan selepas DLP

Komunikasi dan penerangan berterusan keatas cara operasi dan kesedaran dalam penggunaan lif perlu dilaksanakan.

3,400 points 4 23 27
selected by
...