search
Log In
7 votes
163 views
in Civil 750 points 4 10 14

4 Answers

3 votes
 
Best answer
Terlebih dahulu sebelum perunding dibayar sebarang tambahan yuran perunding, perlu dikaji terlebih dahulu sebab kenapa EOT diberikan kepada Kontraktor.

Sekiranya didapati bahwa EOT tersebut adalah akibat daripada kecuaian rekabentuk oleh pihak Perunding yang menyebabkan perubahan rekabentuk perlu dibuat yang secara langsung memberi kesan kepada jadual pelaksanaan pembinaan Kontraktor, maka adalah TIDAK WAJAR pihak perunding dibayar diatas kecuaian tersebut.

Sebaliknya Perunding tersebut harus dia ambil tindakan diatas kecuaian tersebut.
10,580 points 9 40 73
selected by
2 votes
Pada pendapat saya, sekira EOT dikeluarkan dan bukan disebabkan oleh kecuaian perunding, maka tambahan fee patut dipertimbangkan.

Lebih masa diperlukan untuk peringkat "supervision" walupun skop mungkin sama

Mengikut sistem e-perunding, selagi  projek belum "hand over", ia tetap menjadi salah satu beban kerja perunding tersebut.  Ini akan menjejaskan peluang perunding tersebut untuk mendapat projek baru kerana nilai beban kerja masih tinggi. Dengan ini, perunding tersebut patut di compensate dengan  tambahn fee yang sewajarnya.
6,010 points 11 31 55
1 vote
salam,

soalan tuan ini mengelirukan, adakah tuan merujuk kepada aktiviti penyediaan rekabentuk oleh perunding atau aktiviti pengawasan tapak semasa fasa pembinaan? mohon diperjelaskan kerana isu yang dihadapi adalah tidak sama.
7,040 points 11 35 58
4 votes

Salam,

Sila rujuk procedure Kewangan dari MOF Bahagian Perunding.

Bayaran Perunding melibatkan 2 perkara

Satu bayaran untuk rekabentuk oleh perunding sehingga siap dimana bayaran nya juga di bayar mengikut % yang telah ditetapkan oleh Kem Kewangan.

Dan satu lagi adalah bayaran supervision kepada  perunding yang mana bayaran ini is meant for supervision fee for CRE, RE, COWS dsbnya di tapak projek. Ianya dibayar secara  man month. Selain daripada itu sekiranya Consultant's Head Office input diperlukan terutamanya semasa teknikal meeting, perunding juga akan menuntut fee secara man month. (fee untuk mileage, lodging and whatever yg dibenarkan).

Therefore kalau kontraktor dapat EOT, persoalan pertama  yang perlu di jawab, adakah kita perlukan khidmat perunding untuk supervision sehingga projek siap???

Jawapan nya tentu lah YA and it must be YES.

If not adakah JKR sendiri yang akan mengantikan perunding membuat standing supervision? This akan menyebabkan conflict of responsibility. If anything happen consultant akan kata, I don't know and i am not responsible coz supervision and decision was made by JKR the last 3 months.

Therefore that extra mon month is tambahan fee kepada perunding.

Note: If kesilapan di buat oleh perunding yang menyebabkan EOT, then yang patut di deduct adalah fee rekabentuk, not the man month. Man month ini lazimnya adalah contract staff di tapak  yang di employ khusus untuk mengawasi projek itu sahaja. Ada juga perunding yang menggunakan permanent staff HQ(consultant) tapi normally tak ramai.

 

(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

 

 

 

 

14,870 points 12 50 137
...