search
Log In
16 votes
176 views
Bolehkah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tiada background teknikal dilantik sebagai Pegawai Penguasa Projek/Projek Director?
in Scope Management 750 points 4 10 14

7 Answers

5 votes
Boleh, TAPI banyak implikasi akan timbul terutamanya sekiranya memerlukan keputusan yang cepat berkaitan isu teknikal walaupun orang teknikal boleh membantu.
2,540 points 3 13 39
6 votes
Mereka yang dipilih sebagai Project Director ni biarlah core business dan kelayakannya juga adalah berpandukan kepada core business yang hendak dilaksanakan.

Sebagai contoh kalau core cusiness adalah pendidikan maka wajarlah cik gu atau mereka yang berkelayakan berpendidikan yang menerajui.

Kalau core businessnya adalah pertahanan, maka wajarlah yang menerajuinya mempunyai kelayan dan pengalaman dalam keselamatan. Contohnya Ketua Polis Negara, Jenderal Angakatan Tentera.

Sebegitu juga jika ianya melibatkan project, kewajaran nya adalah mereka yang mempunyai background teknikal menerajuinya berpanduakn displin apa yang hendak di laksanakan.

Kalau projeknya projek Kilang, kilang kereta, kilang jentera maka Jurutera Mekanikal adalah paling layak menerajuinya.
14,870 points 12 50 137
5 votes
Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek mestilah ada " technical background"  & kompetensi dalam bidang pembinaan. Di samping itu, pengetahuan, kemahiran & pengalaman dalam pengurusan projek, masa & risiko adalah penting untuk memastikan kejayaan pelaksanaan projek.
23,630 points 31 76 151
5 votes
Kebanyakkan projek yang dilaksanakan sendiri oleh agensi yang bukan teknikal adalah terdiri dari pegawai PTD yang mengetuai kementerian atau jabatan bukan teknikal tersebut.
42,490 points 27 106 201
4 votes

Bukan masalah "boleh" atau tidak. Persoalannya, layak atau tidak memikul tanggungjawab sebagai PP/PD? Sewajarnya diserahkan kepada yang 'ahlinya" sebagaimana sabda Nabi SAW :

"Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Sinan] telah menceritakan kepada kami [Fulaih bin Sulaiman] telah menceritakan kepada kami [Hilal bin Ali] dari ['Atho' bin yasar] dari [Abu Hurairah] radhilayyahu'anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi." Ada seorang sahabat bertanya; 'bagaimana maksud amanat disia-siakan?' Nabi menjawab; "Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu."Hadits Bukhari Nomor 6015.
Semoga jelas.
10,020 points 14 31 59
3 votes
Saya bersetuju sangat dengan hujah Zainalma. Sememangnya semua lantikan jawatan perlu berasaskan kepada kelulusan kelayakan, kalau tidak apakah guna dan ertinya ada pengkhususan ikut bidang di Institusi tinggi dan lantikan penjawat awam ikut bidang.

Balik pada isu lantikan PTD untuk mengisi jawatan PP, sudah tentu mereka akan menghadapi banyak halang dan rintangan apabila berurusan perihal teknikal dan keperluan membuat penentuan yang 100% berasaskan isu teknikal. Pada masa itu sudah pasti segala keputusan yang dibuat akan berasaskan kepada komen dan nasihat oleh pihak ketiga yang secara langsungnya tidak berada dalam pasukan projek. Maka sudah pasti segala keputusan yang dibuat perlu melalui saluran luar yang akan mengambil masa yang lama, disamping itu sudah tentu ia perlu melalui surat menyurat yang rapi demi mendapat keputusan yang muktamad sebelum kata putusan boleh dibuat melalui mesyuarat tapak.

Andai terjadinya kegagalan atau kesilapan dalam tindakan melalui nasihat oleh pihak luar, sudah pasti ia akan menjadi lebih rumit apabila tertimbulnya kes dispute di mahkamah. Pada masa itu sudah tentu pihak ketiga yang membatu itu akan diheret bersama dalam kes dispute tersebut. Akhir kata adalah kurang wajar melantik PTD sebagai PP. Akan tetapi kalau GLC luar mungkin mereka boleh dilantik sebagai non executive project director, tetapi pihak JKR belum ada amalan sebagitu.
43,480 points 103 180 306
edited by
2 votes
Yang menentukan kebolehan sesuatu skop tugasan adalah pengalaman dan kompetensi. Seorang PTD yang tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai Pengurus Projek serta tidak mempunyai kompetensi dan kemahiran asas di dalam pengurusan projek adalah menjadi resepi kepada kehancuran pelaksanaan sesuatu projek.

Mengurus organisasi pejabat dan pengurusan projek adalah dua skop yang amat berbeza.
45,490 points 22 91 219
...