search
Log In
8 votes
93 views
in Value Management 630 points 4 8 11
retagged by

3 Answers

7 votes
So far, apa yang saya tahu, bagi projek melebihi RM50 Juta, ianya perlu melalui VE. Mungkin somebody boleh update semula.

Pada pendapat saya, VE ini memang amat baik, tetapi perlaksanaannya perlu dilihat semula. Jika sesiapa yang biasa dengan SPK JKR sebelum ini, kita laksanakan Design Review. Pada saya Design Review ini adalah sama dengan konsep VE. So adalah amat baik sekiranya VE dimasukkan kepada stage Design Review so kita dapat mengelakkan redesign projek tersebut dan boleh mengakibatkan delay kepada projek.

Pada saya, projek yang telah melangkaui peringkat rundingan harga (Projek Rundingan terus atau D&B) tak perlulah lagi laksanakan VE. Dalam ertikata lain, VE mesti bermula semasa peringkat rekabentuk lagi.

Dan jangan pula objektif VE ini untuk "cost cutting" sehingga "functional" tak dapat dipatuhi dan objektif asal projek tersasar.

Ini pandangan saya saja, apa-apapun EPU dan Treasury yang akan buat keputusan untuk laksanakan VM/VE walaupun projek tersebut telah melangkaui proses Rundingan harga.

Sekian, terimakasih
27,230 points 72 155 199
0
Saya rasa proses VM/VE ini sepatutnya di buat diperingkat awal Perancangan  Projek lagi . Lebih baik lagi jika pihak Klien buat sebelum BPPP/ Brif projek di keluarkan ( inception stage).
1 vote
Apa yang diperhatikan adalah pihak Kementerian dan EPU yang telah memanggil untuk diadakan VE ini yang biasanya melebihi RM 50 juta dan ada juga projek yang kurang dari RM 50 juta, telah ditender semula pun diminta oleh EPU supaya diadakan juga VE kerana terdapat pertambahan kos dan skop.

Saya juga bersetuju VE dijalankan pada peringkat awal pelaksaan projek lagi untuk mengelakkan kerja-kerja lain yang berkaitan terpaksa dijalan sekali lagi berikutan perubahan kos dan skop.
42,490 points 27 106 201
2 votes
Sehingga kini, didapati hasil pelaksanaan VE digunapakai oleh pihak UPE sebagai asas untuk membuat keputusan bagi pelaksanaan projek khususnya bagi projek yang telah mengalami perubahan skop dan kos berbanding skop dan kos yang telah diluluskan. Sejak kebelakangan ini pihak UPE mengarahkan VE dilaksanakan bagi projek sedemikian untuk mencadangkan skop dan kos yang bersesuaian diangkat untuk kelulusan.
1,860 points 2 7 25
...