search
Log In
20 votes
392 views
Saya perhatikan masalah disiplin kakitangan di sesetengan Cawangan di JKR seperti kedatangan, pakaian ke pejabat dan ada juga beberapa masalah disiplin lain tidak dipandang serius oleh pihak atasan.  Ini menyebabkan kakitangan tersebut tidak hormat kepada arahan yang telah ditetapkan.  Bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut?
in Human Resource Management 370 points 1 2 4
0
CAST di bawah pimpinan Dato Roslan berjaya menampilkan pegawai-pegawai yang berketerampilan penjawat awam yang profesional.

Dorongan dari pihak atasan yang memainkan peranan penting dalam pembentukan disiplin anak buah.
0
Tahniah... Dato Roslan.. dan terima kasih

6 Answers

8 votes
Ketua jabatan mesti tegas dan bertindak berdasarkan perintah am bab d tatakelakuan penjawat awam. Sudah tiba masanya ketua jabatan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
2,450 points 9 21 28
11 votes
Disiplin dan sikap kerja yg baik adalah bermula dari kematangan  sahsiah diri dan persekitaran organisasi  yg corakkan oleh kepimpinan - leadership by example. Semakin matang sahsiah seseorang, semakin baik dan tinggi akhlak serta disiplinnya. Sekiranya ketua tunjuk sifat amanah, berdisiplin dan telus, maka staf dibawahnya akan cenderung kpd amalan yg sama.

Penguatkuasaan peraturan merupakan pilihan kedua sebagai ingatan dan bimbingan pembetulan disiplin serta pembinaan moral staf bawahan.
6,520 points 20 53 80
9 votes
Tanggungjawab Pengurusan adalah mewujudkan suasana yang sesuai bagi menyokong perubahan kearah yang lebih baik. Di antara kaedah yang digunapakai ialah 'reward and punishment'. Akan tetapi yang lebih kekal dan berterusan adalah perubahan dari dalam diri sendiri. 'Change shall be from within' Kita tidak seharusnya hanya menjadi sebagai 'pemerhati' sahaja. Kita seharusnya memulakan perubahan dengan diri kita sendiri dan cuba mempengaruhi anggota di bawah kelolaan kita dan disekeliling kita bergerak ke arah yang sama. Saorang ayah tak mampu mengubah anaknya: sila baca kisah Nabi Noh. Saorang suami tak mampu mengubah isterinya dan juga sebaliknya: sebab ketara penceraian. Saorang ketua tak mampu mengubah anakbuahnya. Kecuali hanya untuk sementara menggunapakai kaedah 'reward and punishment' . Hanya kita boleh mengubah diri kita sendiri.
2,520 points 3 7 17
4 votes
Apa yang telah diperkatakan di sini dan mungkin juga di lain-lain tempat adalah agak benar tidak dapat dipertikaikan.

Maka oleh itu, apa yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri sebagai seorang pegawai peringkat tertinggi kerajaan supaya satu jawatan kuasa pemandu peringkat agensi pusat perlu ditubuh bagi memantau, mengkaji dan melihat JKR dari dalam dengan memanggil mesyuarat dan seterusnya mengadakan bengkel (lab) bagi meningkat semula imej JKR dan ini boleh dilihat sebagai telah menunjukkan betapa seriusnya pihak atasan kepada masalah JKR pada masa kini.
42,490 points 27 106 201
edited by
6 votes

Ini semua SOAL HATI

Hati perlu di cuci dulu, apa yang patut di buat dan apa yang tidak patut dibuat.

Jika hati bersih dan putih, maka apa tindakan yang dibuat pun resultnya Insyallah akan menjadikan nya yang terbaik.

Saya rasa tidak boleh kita persalahkan pihak atasan semata semata, kalau kita yang se pejabat atau yg duduk sebelah meja pun tak boleh nak menegur, bolehkah kita terlalu  nak mengharapkan pihak atasan yg duduk lebih jauh dari kita dan mempunyai pelbagai tanggungjawab yg lebih besar dan mencabar, terpaksa menyelesaikan isu isu negara nak bantu.

Sedangakan di bawahnya ada berpuluh puluh dan beratus staff. Bukan bermakna Pihak Atasan tidak perlu bertanggung jawab, mereka sebagai Ketua kena turun padang, namun kita juga perlu membantu supaya kita tidak menjadi masaalah kepada orang lain.

Itu yang dimaksudkan Hati Kena Bersihkan dulu.

Tak payah di pejabat, tengok saja di masjid masjid. Cuba tuan/puan tinjau keadaan jambannya. Nama tempat ibadat rumah ibadat, tetapi mentaliti pak haji dan mak haji dan lain lain yang menggunakan nya macam mana? Ini juga masaalah displin. Takkan nak harapkan tukang cuci yg upahnya pun tak seberapa sen. Harga Gula naik, Bil letrik naik, tol naik, tetapi mentaliti tak pernah naik naik.

Kalau kita mempunyai displin dan jati diri yang tinggi, mana mana pergi pung akan di sukai dan disayangi. Kalu tidak akan senantiasa menjadi beban dan masaalah kepada orang lain.

Amalkan sikap membantu, especially sahabat dan jiran jiran di sebelah. Insyallah. If 1 month kita boleh buangkan tabiat negatifnya, in 2 months? 12 months? 12 years? 120 years???wink

 Salam

 

cool

14,870 points 12 50 137
3 votes
Pada pandangan saya, pengurusan atasan perlu menunjukkan tauladan yang baik terlebih dahulu.(kepimpinan melalui tauladan). Barulah kakitangan bawahan tiada masalah untuk mengikuti peraturan atau tatacara yang ditetapkan.

Tidak dinafikan juga, terdapat sesetengah kakitangan yang tidak ambil pusing /tidak peduli tentang hal displin yang mana pihak atasan tidak dapat berbuat apa-apa. Kadang-kala terdapat juga unsur luar ( campur tangan pihak ketiga) yang mana membantutkan usaha pihak atasan untuk mengenakan tindakan sewajarnya kepada kakitangan yang tidak berdisplin.

Ianya juga merupakan tanggungjawab semua pihak dan bukan hanya kepada Pegawai Atasan sahaja untuk memberi nasihat dan sekiranya perlu dirujuk kepada AKRAB kerana mungkin mereka ada isu lain dan perlanggaran displin adalah satu cara protes.
200 points 3
...