search
Log In
21 votes
141 views
Penggunaan J-Cop telah mendapat sambutan hangat. Apakah perancangan seterusnya untuk memperluaskan penggunaannya? Bagaimanakah keberkesanannya akan diukur?
in Human Resource Management 630 points 4 8 11
recategorized by

11 Answers

14 votes
Dengan mengadakan awareness program dan roadshow untuk memperkenalkan kelebihan penggunaan JCoP kepada seluruh warga JKR di seluruh Malaysia.
10,580 points 9 40 73
11 votes
Saya rasa untuk memperluas/ mempopular  lagi J Cop ini, penyertaan oleh pihak pengurusan atasan secara aktif adalah sangat perlu untuk memberi komen/jawapan keatas persoalan2 yang timbul ( Leadership by example- kepimpinan melalui teladan)
23,600 points 30 75 150
9 votes
Penerangan initiative Knowledge Management seperti J-CoP dan J-Pedia perlu diterap pada staf baru JKR melalui sesi latihan pengenalan staf baru JKR. Jika perkongsian ilmu ini dapat dijadikan sebagai budaya dari awal adalah amat mudah mendokumenkan perkara yang tersirat yang oleh pegawai yang berpengalaman.

Maklumat ini seterusnya dapat dikongsikan bersama pada generasi pelapis JKR yang seterusnya.
9,260 points 17 32 54
7 votes
Saya amat bersetuju dengan pandangan yang diberikan. Selain daripada mengadakan program kesedaran dan roadshow, penglibatan pihak atasan serta penerapan kepada Iniative knowledge management di kalangan pegawai baru JKR, kita juga boleh melaksanakan kursus asas penggunaan JCoP ini di semua peringkat kakitangan sama ada di Daerah, Negeri dan Cawangan. Ini adalah supaya semua peringkat kakitangan diberi pendedahan tentang kaedah penggunaan JCoP dan faedah daripada penggunaan JCoP.
22,300 points 21 81 141
7 votes
Saya setuju J-cop ini diperluaskan kepada semua kakitangan JKR sahaja disebabkan apa yang difahamkan bahawa  J-cop ini telah direkabentuk adalah bagi kegunaan kakitangan JKR terutama sekali yang baru memasuki alam pekerjaan dan alam siber JKR ini.

Mungkin pihak urusetia J-cop telah memasukkan penggunaan/aplikasi J-cop ini ke dalam laman sesawang JKR atau mengutus email kepada semua warga kakitangan JKR untuk memberitahu akan kewujudan apa yang dipanggil J-cop.

J - untuk JKR
cop - untuk communities of practice
42,460 points 27 106 201
7 votes

Apa yang dapat dikatakan bahawa keberkesanan J-cop dapat diukur dengan melihat kepada bilangan soalan dan bilangan pengunjung ke dalam J-cop sahaja (Questions - Most View)

Mungkin indikator lain yang tidak ketara dan tidak secara langsung adalah bilangan projek yang berjaya disiapkan oleh JKR dalam masa yang telah ditetapkan tanpa EOT dan kurang VO juga memuaskan pihak semua pelanggan JKR pada masa hadapan.

42,460 points 27 106 201
edited by
6 votes
Saya nak cadang supaya sistem J-CoP mengunakan theme yang lebih menarik utk pengguna smartphone agar dapat menarik lebih ramai pengguna. theme bagi smartphone yang ada sekarang ni kurang menarik.
890 points 1 5 13
7 votes
J-Cop perlu di buat hebahan dalam media JKR sendiri - dalam RAKAN dan melalui e-mail.

Saya sendiri tiada makluman bekenaan wujudnya J-Cop sehingga di maklumakan melalui e-mail dari J/K Disiplin Awam.

Sebaik sahaja dapat maklumat, saya telah mendaftar dan saya dapati terdapat banyak soalan dan jawapan yang baik yang di utarakan dan dapat membantu semua pihak menambah pengatahuan dan berkongsi pengalaman mereka.

Terima kasih kepada J/K Disiplin Awam. Saya harap semua disiplin dapat membuat hebahan kepada k/tangan JKR lain.
7,580 points 12 28 53
5 votes

Saya juga baru mengetahui mengenai JCoP dari penyampaian mulut warga JKR.

Kaedah pengiklanan adalah satu kaedah yang paling berkesan dalam mempromosikan sesuatu barangan. Kebiasaannya pengiklanan ini dalam business mainstream memerlukan modal yang sangat banyak untuk menambahkan lagi kesan hipnotisme nya. Walaubagaimanapun, cara yang paling mudah bagi JKR untuk mempromosikan JCoP ini adalah melalui mengiklankannya dalam Mesyuarat Utama JKR, Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, MBJ, Latihan JKR, SOC dsb sehingga apabila antara warga JKR mempunyai masalah, terus terlintas di kepala mereka untuk menggunakan platform JCoP.

Diharap SME JKR dan Pihak Pengurusan Atasan selalu menjenguk JCoP ini kerana kebanyakan soalan memerlukan penjelasan daripada mereka.

Sekian.

14,010 points 28 46 82
0
Sayalah salah seorang yang mengiklankan dan menaikan semangat sahabat saya ni untuk aktif dlm JCoP

Harap JCop sedia berubah dan meneruskan penambahbaikan yang semakin ketara ini.. Apps JCop dah ada ke dalam Play Store? Kalau ada saya ingin install dan apakah nama Apps tersebut..
0
Terima kasih di atas sokongan dan cadangan yang diberikan oleh Tuan. Pasukan ECKM mengambil maklum mengenai cadangan untuk menambahbaik JCoP seperti membangunkan apps JCoP. Insya Allah, perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut.
3 votes
Jcop boleh dijadikan sebagai one stop centre bagi tujuan mengajukan pelbagai soalan mengenai urusan JKR dan sebagai mediam untuk brain storming dgn sesama warga JKR tanpa mengira latar belakang, kepakaran dan sebagainya.

Penggunaan Jcop boleh diperluaskan kepada pembantu awam, pembantu operasi, pemandu kenderaan dan lain2 jawatan yang berkhidmat dalam organisasi JKR di seluruh negara.
17,150 points 26 61 120
edited by
...