search
Log In
27 votes
354 views
in Human Resource Management 250 points 2 3 4
0
saya percaya BDSM ada ambilkira faktor-faktor kemanusiaan semasa menyusun penempatan pegawai. Saya pun ditukarkan semasa sedang mengandungkan anak sulung (masa tu baru sgt kawen, belum sempat update status dlm MYKJ). So, terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga. Now, dah 2 tahun di tempat sekarang dan 2 kali rayuan untuk ditukarkan ke tempat yang lebih dekat tidak berhasil..  Tunggu lagi setahun, saya akan cuba buat rayuan lagi..

Pengajarannya, maklumat peribadi dlm MYKJ perlu up to date supaya memudahkan BDSM menilai kesesuaian penempatan pegawai terutamanya yang telah berkeluarga. TQ

7 Answers

11 votes
Saya rasa pihak BDSM perlu ada sifat 2 perikemanusian & ihsan  serta keadilan dalam isu penempatan staf ini spt. dalam piagam pelanggan JKR. Sebagai contoh, pegawai2 yang terpaksa berpisah jauh dari keluarga selama > 5 tahun atas sebab2 tertentu, sepatutnya di beri peluang bertugas di tempat berhampiran demi keharmonian /kesejahteraan hidup keluarga.

Sekadar pandangan ikhlas sahaja. Maaf jika tidak betul/ikut polisi BDSM.
23,620 points 30 76 151
15 votes
Stability of the family is the source of good performance in work.
410 points 2 2 3
reshown by
0
SAya amat bersetuju dengan pandangan ini.
9 votes
Amat bersetuju dengan perkara bahawa pegawai akan menghadapi beberapa kemaslahan dalam menyerlahkan prestasi beliau sekiranya dibebani dengan cabaran yang agak getir kerana banyak perkara yang perlu ditempoh oleh beliau seperti masa yang banyak bagi pergi dan balik ke tempat kerja, wang ringgit yang perlu dikeluarkan untuk berulang alik ke tempat yang agak jauh dan kerunsingan fikiran yang akan menggangu perlaksanaan dan prestasi kerja.

Saya juga telah melihat beberapa pegawai telah dibantu oleh BDSM bagi meringani beban beberapa orang pegawai tersebut  yang telah terjejas akibat dari kejauhan dengan keluarga kerana ada yang dalam keadaan tidak sihat dan sebagainya.
42,490 points 27 106 201
5 votes
Dalam hal ini suka saya menggunakan analogi beberapa penulis terkenal bahawa setiap perkara yang besar itu sebenarnya bermula dengan masalah yang teramat kecil terlebih dahulu dan seterusnya ia berkait mengait yang akhirnya akan mengakibatkan krisis yang lebih besar (Butterfly effect). Analogi terbaik adalah sakit gigi. Sakit gigi akan menyebabkan kita akan merasa tidak selesa dan setiap pergerakan orang lain pun kita rasa hendak marah. Sekiranya kita tidak menanganinya dengan berhemah akan menyebabkan salah faham dan perselisihan.

Sekiranya kita merasa teruknya sakit gigi maka kita tentunya tidak akan dapat menjalankan kerja dengan baik disebabkan sakit gigi yang berterusan (irritating). Kalau kita tidak pergi berjumpa doktor gigi bagi membaiki dan cabut gigi akan menyebabkan kesakitan yang lebih teruk dan kuman mungkin akan merebak ke kawasan gigi yang lain. Disebabkan kesakitan yang berterusan juga mungkin kita tidak dapat bekerja dalam masa yang lama. Sekiranya kita bekerja di swasta tentunya kita akan dimarahi dan sekiranya nasib tidak menyebelahi kita maka kita akan dibuang kerja.

Sekiranya kita telah dibuang kerja macamana kita hendak mencari wang bagi membayar semua keperluan harian kita seperti minyak kereta, ansuran kereta, sewa rumah dan barang keperluan harian serta makanan kita. Kita akan dihalau dari rumah sewa kita dan kereta akan di tarik serta kehidupan akan merana dengan merayau bagi mencari sesuap nasi.

Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi perkara ini di peringkat yang lebih awal lagi dengan menyelesaikan secara mudah agar ianya tidak menjadi barah yang sukar diubati. Saya rasa semua pihak boleh bekerjasama bagi mengatasi perkra ini dengan syarat semua pihak mempunyai sikap terbuka jangan terlalu kental (rigid) untuk kebaikan kita bersama.

We have to extend or expand our context or our reality bigger so as to absob and establish bigger accomplishment.
42,490 points 27 106 201
5 votes
Saya rasa BDSM ada mengambil kira faktor faktor tersebut. Cumanya saya rasa its difficult to please everyone. Sampan kecil sangat sedangkan penumpangnya ramai.

Tak boleh nak compare dengan Kementerian Pendidikan especially jurusan cik gu cik gi ni. Kerana sekolah di state ada banyak dan mereta rata. Di district misalnya ada satu sahaja pejabat Jurutera Daerah JKR. Tetapi cuba tengok kelilingnya, ada berapa banyak sekolah. Oleh itu cikgu senang sikit nak ditukarkan.

Mungkin juga ada yang terlepas pandang, mungkin juga atas sebab sebab tertentu seseorang tu perlu dikekalkan di satu satunya tempat. Sedangkan ramai yang melobi nak kan tempat tu.
14,870 points 12 50 137
8 votes
Penempatan/perpindahan pegawai memang tidak dinafikan ada di mana2 sektor kerajaan. Isunya ialah faktor2 kemanusiaan di ambilkira atau tidak oleh JKR. Saya rasa memang ada kes yang telah diambilkira oleh BDSM berkaitan faktor kemanusiaan. Cuma mungkin tidak semua dapat dilayan sebegitu rupa. Maka, ada beberapa soalan yang bermain di fikiran saya sejak dahulu lagi iaitu :

1) Dalam soal pemilihan siapa yang dilayan dan siapa yang tidak dilayan siapa yang menentukan? Siapa yang menentukan masalah pegawai yang dipindahkan ini boleh dilayan/diterima atau tidak berbanding masalah pegawai yang akan menggantikannya. Adakah pegawai wanita mendapat advantage dari pegawai lelaki?

2) Jika ada permintaan secara mutual antara dua pegawai secara suka sama suka yang tidak akan menimbulkan apa2 masalah kepada dua pihak, tetapi ianya tidak dilayan atau tidak diluluskan. mengapa?

3) Adakah sebab rasmi yang diberikan oleh BDSM apabila sesuatu rayuan itu tidal diluluskan/ditolak? Sedangkan perayu menerangkan dengan panjang sebab dia memohon tidak ditukarkan/ditukarkan terlalu jauh dari keluarganya.

4) Mengapa apabila pegawai itu ditukarkan, lokasi penempatan itu kadangkala terlalu jauh sehingga beberapa ratus kilometer dari keluarganya. Jika ada apa2 terjadi pada keluarganya yang anak2nya masih kecil , siapa akan bertanggungjawab?

5) Ramai pegawai yang sanggup berulang alik setiap hari dari sesuatu negeri ke negeri yang lain selama 10 tahun lamanya, apakah BDSM tidak menghiraukannya atau buat2 tak nampak? Mengapa JKR tidak ada rumah transit/kuarters yang mencukupi di Kuala Lumpur untuk pegawai yang ditukarkan dari jauh. Kita tahu kos sewa rumah dan sara hidup di KL amat tinggi dan semakin meningkat dan hendak cari rumah kelamin yang selesa dan tidak terlalu mahal utk keluarga bukan sesuatu yang mudah dan mengambil masa.

6) Penempatan yang tidak terancang dan menyusahkan pegawai kita sendiri akan mengakibatkan masalah beribu kali lebih besar kepada JKR dan pegawai itu sendiri berbanding kebaikan yang diperolehi. Jika tidak percaya, pohon diadakan kajian/survey terperinci di kalangan pegawai yang mengalaminya, berbanding membuat andaian yang tidak berasas.
5,440 points 12 26 73
reshown by
8 votes
Saya masih yakin BDSM berperikemanusian, pahala besar jika manusia ringankan beban manusia lain. Balasannya nanti pada [email protected] anak cucu @ diakhirat. Walaupun saya dipindahkan pada 2011 lebih 330km dari Isteri yang ketika itu sedang sarat mengandung ditambah plasenta previa (leaking air ketuban & potential bleeding) hinggakan bayi lahir tidak cukup bulan, kemalangan ketika isteri ingin menghantar saya balik, hingga kini anak telah 1 tahun 9 bulan. Saya masih berulang alik setiap minggu. Masih berharap ehsan dan belas manusia yang seagama, sebangsa, sejabatan dan sebagainya untuk mempertimbangkan rayuan penempatan kali ke-3 atas faktor kemanusiaan sepertimana tajuk soalan ini.
9,480 points 25 57 108
edited by
0

 

image

 

 

Pergh, bisa mengalirkan air mata mendengar rintihan kamu ni Fairuz. Saya setuju sangat  faktor kemanusiaan di beri top priority dalam isu perpindahan. Of course kita tak mungkin mampu menggumbirakan semua orang. Namun happy 50 to 60% pun memadai lah buat permulaannya. Happy 50 to 60 % ni maknanya tukarkan le kawasan yang berdekatan.

Dari baby dalam kandungan hingga kini sudah hampir 2 tahun  En Fairuz kita berulang alik from russia with LuV untuk menatap wajah babynya yang lahir sejak kecil hingga besar.  Si ayah tidak dapat bersama sepenuh masa, hanya dapat menatap seketika cuma. Perlu ada consideration tak kira lah apa pegangan, apa pemahaman, apa management yang ingin diserapkan, TETAP,  rintihan sebegini perlu diberi perhatian.

Of course its easier said than done but then at least kita mau juga lihat something is being done.

My sympathy for u en Fairuz ke atas apa yang you perlu harungi. Just pray agar Tuhan membuka hati mereka yang boleh membantu.

 

 

(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

 

 

 

0
Saya bersimpati dengan luahan hati komen mfaruz. Disini sukacita saya mencadangkan agar pertukaran pegawai di buat di negeri yang sama @ negeri berdekatan. Cuba kita perhatikan setiap negeri mempunyai banyak daerah dan setiap daerah mempunyai banyak bahagian, bolehlah buat pusingan disitu dan kaedah ini dapat memberi  kepuasan dan ketenangan pegawai berkenaan dalam melaksanakan tugasan dan  BDSM tidaklah mengalami tekanan dan pening kepala setiap kali berlaku pertukaran pegawai.
...