search
Log In
11 votes
173 views
Mengapakah Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (SHO) di jabatan seolah-olah tidak berfungsi dalam menguatkuasakan perlaksanaan JKR OHSAS 18001 di dalam setiap projek-projek JKR. Seperti yang kita sedia maklum, OHSAS 18001 adalah wajib digunakan bagi projek yang melebihi RM 20 juta namun begitu bagi projek di bawah RM 20 juta beberapa perkara berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan juga perlu dilaksanakan setakat mana yang difikirkan perlu.
in Project Management 1,490 points 3 9 21

1 Answer

4 votes
SHO di JKR adalah secara amnya pegawai yang telah berkursus SH selama 22 hari anjuran NIOSH (dan lain-lain) berpandukan kepada syllabus NIOSH. Penekanan adalah kefahaman kepada keperluan Akta 154 (OSHA-1994) dan Akta 139 (FMA-1967). Sedikit pendedahan deberi kepada mereka tentang OSHAS 18001 dan bukan JKR OSHAS 18001.

Tanggungjawab perlaksanaan, pemantauan dan penyeliaan sebarang projek adalah terletak diatas bahu program manager / projek manager / pegawai penyelia atau wakil pegawai penyelia. Tanggungjawab bagi pematuhan kepada SPB JKR juga terletak kepada yang telah disenaraikan di atas.

Jika SHO di pejabat-pejabat JKR (dimana ada SHO) dinampak atau dilihat sebagai seolah-olah tidak berfungsi, ini kena lihat balik pada ketuanya. Kalau ketuanya saorang program manager, setidak-tidaknya SHO mestilah digunapakai bagi menyemak dokumen tender bagi memastikan spesifikasinya dan BQnya memenuhi keperluan SH diperingkat perlaksanaan nanti.

Kalau ketuanya saorang pegawai penyelia, setidak-tidaknya SHO hendaklah digunapaki bagi menyemak S-Plan yang dikemukakan oleh kontraktor dan setidak-tidaknya memeriksa tapak bina bagi menyemak tahap pematuhan kepada akta-akta.

Kalau tidak digunapakai oleh ketuanya, maka itu salah siapa ya?

Bagi projek kurang dari RM20 juta, walaupun tidak wajib ada SHO (kontraktor) di tapak bina, kontraktor masih wajib mematuhi semua akta-akta yang berkaitan. Penguatkuasaan bagi OSH 514 dan FMA139 adalah oleh JKKP...    

OSHAS 18001 adalah tidak relevant bagi projek yang kurang dari RM20 juta.
2,520 points 3 7 17
...