search
Log In
20 votes
298 views
in Stakeholders Management 220 points 1 2 3

7 Answers

10 votes
Memandangkan banyak pihak terutama sekali stakeholder luaran yang mempertikaikan kredibiliti JKR dan mereka nampaknya seperti mahukan pihak lain seperti perunding bebas lain yang menjalankan tugas-tugas yang dijalankan oleh pihak JKR selama ini pada masa kini.

Ini memberikan signal bahawa kedudukan JKR pada masa akan datang adalah dalam keadaan kritikal dan kemungkinan akan menjadi tidak relevan lagi. Jadi untuk memastikan perkara ini tidak berlaku semua pihak perlu memikir dan mengemukakan beberapa perkara yang mudah dan signifikan untuk dilaksanakan agar dapat memberikan impak yang besar dan menunjukkaan JKR masih perlu wujud  dan tidak dapat tidak perlu dipertahankan oleh semua pihak terutama oleh jabatan pelanggan, apa lagi kakitangan JKR sendiri.
42,490 points 27 106 201
edited by
11 votes
I think in order  to remain be relevant In year 2020 and beyond, we should change/ transform our project delivery system to be more effective and efficient. As our former DG said : " We must change or die !! "
23,630 points 31 76 151
13 votes
JKR tetap relevan, dulu, kini dan selama lamanya.

kerana JKR bertanggung jawab ke atas pemacuan Negara ke arah Malaysia yang lebih maju, mantap dan progressive.

Kita terlibat dalam pembangunan, infrastruktur, aset, maintenance dan teknikal service. Adakah itu tidak relevan lagi selepas 2020?

Sebenarnya yang relevan atau tak relevan adalah kita. Adakah kita releven lagi selepas 2020. Thus we better shape up or ship out. Kalau kita tak bersedia menghadapi cabaran yg mendatang maka kita akan di left out.

Kegagalan sesuatu projek, siling runtuh atau sebagainya memang menyedihkan dan amat memeritkankan. Tapi takkan di sebabkan beberapa projek yg tidak begitu berjaya dan siling runtuh maka the whole JKR dak tak relevan.

Apabila kita hantar anak ke sekolah dan anak kita gagal dalam peperiksaan, maka anak anak yg lain tidak perlu di hantar belajar di sekolah. Atau sekolah perlu ditutup terdapat pelajar pelajarnya yang gagal.

Kita mesti mempertahankan JKR no matter what kerana JKR telah banyak berjasa.

Dari bayi kita di lahirkan di klinik bidan JKR, pergi checkup ke klinik atas jalan JKR, masuk Hospital yang dibina JKR, bila meningkat dewasa belajar di sekolah JKR, masuk universiti - pung di sipervise JKR, apabila gred joint JKR , kahwin bini pun kerja di JKR, dapat anak, anak membesar jadik QS, akitek, mekanikal, elektrikal, Civil engineer JKR. Jatuh sakit dihantar semual ke hospital JKR, melalui jalan JKR dan apabila meninggal dunia Tok Imam mintak excavtor JKR tolong galikan kubur.

From craddle to grave JKR telah bersama kita.

Kalau kita sendiri tidak yakin dengan JKR, tidak sayang JKR, then who else will.
14,870 points 12 50 137
0
ada typo error skit.... actually perenggan 6 adalah pertanyaan iaitu,

 

apabila kita hantar anak ke sekolah dan anak kita gagal dalam peperiksaan, maka adakah anak anak yang lain tidak perlu dig=hantar ke sekolah. Atau perlu kah sekoalh di tutup apabila terdapat pelajar pelajarnya yang gagal?  ( dalam pepriksaan PMR, SPM dsbnya).
0
Setuju sangat dengan jawapan tuan..JKR relevan dulu,kini dan selamanya.
13 votes
Jika semua staf terutama kumpulan P&P bersikap Professional, Proaktif, peka dengan PERUBAHAN, berani terokai bidang baru, peka dengan program/Pelan Transformasi Kerajaan, menerokai/menjuarai/ Economy KNOWLEDGE  InsyaAllah JKR akan relevan sampai bila-bila.

Ingat Nokia jatuh kerana mereka selesa dengan teknologi mereka. Jika nak lihat contoh terbaik, SAMSUNG adalah antaranya.

 

Sekian, terimakasih
27,230 points 72 155 199
7 votes
Setuju dengan Fairuz bahawa kita perlu bersedia dengan cabaran yang mendatang dan berani memperbuat transformasi atau transmutasi agar JKR akan terus relevan.

Banyak contoh-contoh syarikat-syarikat besar yang telah mencapai kejayaan dahulu dan kini telah tidak wujud lagi kerana mereka telah berasa gah dan megah dengan kejayaan-kejayaan lama mereka dan tidak mahu membuat perubahan mengikut arus kemajuan semasa dan kehendak pelanggan-pelanggan mereka seperti mesin taip lama, alat kelui dan mesin kira jenis lama bukan elektronik.
42,490 points 27 106 201
6 votes
Dari segi kertas kerja dan pelbagai perkara yang ditonjolkan oleh JKR dalam laman webnya, jawapannya YA, masih RELEVAN.

Namun bila diperhalusi, serta diteliti segala bentuk aktiviti yang ada dalam JKR, perjalanannya kurang lancar... hingga menjejaskan prestasinya sendiri.

Apakah urusniaga JKR? JKR tak perlu (Return of Investment) dalam bentuk wang? sebagai ukuran kejayaan.
Tetapi ukurannya adalah kepujian daripada penaruh penaruh harapan ? samada diiktiraf sebagai 5 bintang atau anugerah tertentu. (Harap2 jangan syok sendiri)  haruslah real / kenyataan dari penaruh harapan itu sendiri.
Bagaimanakah JKR akan dapatkan keuntungan ini? iaitu kepujian daripada pelbagai penaruh harapan.
sebagai contoh Urusniaga dalam memprodukkan "Jalan" ; saya yakin 2000% JKR memiliki PIAWAI yang terbaik.

Okey kita ambil analogi, yang sebenarnya kaitannya amat rapat juga. tidaklah tersasar.

Kilang atau nama lain Industri. sama sahaja rangka operasinya.

Kilang kereta, Kilang Besi, Kilang Batu, Kilang Hand Phone ; ini  industri melalui fasa yang sama seperti industri pembinaan bangunan, jalanraya serta pemasangan peralatan mekanikal atau elektrikal.

Fasa Perancangan spt pembinaan Handphone; semua adalah dari maklumbalas penaruh harapan.; mereka kaji seluruh kedudukan penaruh harapan, baru mereka rangkakan. apa keperluan penaruh harapan; dalam mereka ini ingin memenuhi keperluan penaruhan harapan, mereka tidak lupa akan penguatkuasa undang-undang; samada pembinaan mestilah diutamakan keselamatan, kesihatan dan seterusnya, hingga penaruh harapan harus akur terhadap perkara ini, walaupun sesuatu keperluan penaruh harapan tak dapat dipenuhi atas faktor ini.

Saya buat penelitian , bahagian Fasa Perancangan yang membabitkan semua disiplin dalam industri pembinaan bangunan ini, tiada benar-benar berbincang secara terperinci agar penaruh harapan ini dapat keperluannya. Rentetan inilah ; menjejaskan prestasi dalam fasa seterusnya iaitu REKABENTUK, Budjet Kosting/Period , Perlaksanaan dan Penyerahan.
Dalam Fasa Perancangan ; Peranan UTAMA dimainkan oleh Arkitek ; tetapi ianya dahulukan bahagian kejuruteraan;
Banyak lagi kriteria. Kita sangka hanya KSU kementerian itu sahaja sebagai STAKEHOLDER. tandanya perbincangan sekadar dengan mereka ini. Sedangkan tiada menjuruskan kepada pengguna sebenar; Kalau industri bangunan untuk membina Hospital. Apa keperluan? Mana data berhubung dengan keperluan orang ramai. yang adalah stakeholder juga diabaikan. Data dari segi gambar serta rakaman video bersama orang ramai yang ingin mendapat perkhidmatan daripada tempat tersebut, bagaimana peranan JKR dalam ini?

Tempat Parking adalah isu, dsbnya. Jemput Isteri bersalin. Ruang menunggu dan sebagainya.
Mana data? Maklumat itu penting agar jadikan sesuatu organisasi itu kuat.

Dalam Industri pembinaan bangunan atau jalanraya. JKR sebagai perunding.
memang jelas mereka ini tahu berkenaan UBBL, Akta Jalan Raya, dan pelbagai warta Kerajaan yang bagi menjamin KESELAMATAN, KESIHATAN serta keselesaan .

Namun dalam mempraktikkannya sebagai PERUNDING.. kita tak heret bersama penguatkuasa-penguatkuasa ini agar selalu memastikan yang mereka ini menjalankan penguatkuasaan.

Sebagai contoh penguatkuasa CIDB ; pada FASA KEEMPAT Pembinaan.
Kontraktor bertanggungjawab penuh dalam PEMBINAAN.
APakah kepastian yang mereka ini benar-benar kompetan dan bertanggungjawab.?
Project Manager yang diiktirafkan oleh CIDB, harus membuat persembahan kepada PERUNDING (JKR) sebab PERUNDING yang lantik mereka agar membuat seperti yang dimeterai. Tetapi mereka dikuasai oleh CIDB, sebab JKR bukan memberi iktiraf kepada mereka sebaliknya ; CIDB yang iktirafkan.

Langkah awal babitkan CIDB ke tapak bina;

Kontraktor mestilah memiliki Project Manager, serta lain-lain pekerja dalam menghasilkan bangunan seperti yang PERUNDING (JKR) designkan.

Project belum dibina ; Kontraktor yang diiktirafkan oleh CIDB akan datang ke tapak bina ; pada hari pertama masuk tapak bina.
CIDB akan meminta mereka mempersembahkan corak mereka dalam melaksanakan tersebut di hadapan PERUNDING; serta membuat aku janji ;
sebagai contoh PROJECT MANAGER akan mempersembahkan bagaimana dia manage project tersebut dengan menyatakan dari mula ingin dibina hingga ke siap projek seperti dalam CPM .. siapakah yang terlibat.
dan menyatakan tindakan pekerja-pekerja
kalau tukang paip, tukang kayu.. semua membuat persembahan dan akujanji seperti yang dipersembahkan...

sekiranya berlaku percanggah ketika dilaksanakan kelak dengan apa yang dijanji.
contoh tukang kayu sebelum projek bermula akan tunjukkan cara-cara betul dalam pembinaan. Potong 45 darjah dipamerkan dan menyatakan dengan bertulis seperti ini saya akan buat sekiranya keperluannya 45 darjah. Sekiranya bercanggah , saya akan menanggung ganti rugi. CIDB saksikan dan sahkan. sekiranya berlaku, tak payah susah nak menegur kontraktor dan kuncu-kuncunya. terus kepada CIDB . sekiranya CIDB tak de maklum balas. Bawa perkara tersebut kepada Legal Advice.. Penasihat undang2 kerajaan. Peringkat awal lagi dah bertindak.

Tukang lepa simen, tukang simen akan buat aku janji dengan membina seperti dalam rekabentuk... Kita terlalu inginkan Penguatkuasa. Sedangkan dalam kontrak.kaitan kita dengan kontraktor ; Adalah tempoh PEMBINAAN, Kadar Bayaran atau Harga Kontrak dan Pematuhan Spesifikasi.; Selebihnya ; Penguatkuasa yang bertanggungjawab. Penatlah...

Banyak lagi data yang diperlukan ; tetapi JKR abaikan sedangkan data itu penting
untuk kuatkan JKR.

JKR MASIH RELEVAN.
260 points 2 3
0
Tambahan ; Dalam Bilik Mesyuarat di Tapak Bina; Sepatutnya di aturcarakan oleh Kontraktor atau Pengurus yang mereka lantik ;
JKR (Perunding) tetapkan masa untuk mesyuarat sahaja. Agar mereka bersedia terhadap apa yang mereka sendiri lakukan dan apa yang berlaku dalam suatu tempoh.
Kita cuma bandingkan.
contohnya dia kata ada hujan yang menjejaskan kerja-kerja ; dan mereka sendiri nyatakan tidak atau membabitkan LALUAN KRITIKAL samada perlukan EOT atau tidak.
dan JKR (Perunding) respond pulak samada ianya benar-benar hujan ketika itu. Pengurus tapak bina daripada JKR (Perunding) samada penolong jurutera atau jurutera atau lain-lain staf. Tandatangan ketiga-tiga pihak menyatakan hujan atau tidak.
3 sahaja ASAS yang perlu dipegang dengan kemas oleh PERUNDING (JKR) ;
1. Tempoh.
2. Harga yang dimeterai.
3. Spesifikasi.

Selainnya dipegang oleh CIDB.
Siapa iktiraf saya atau tuan2 sebagai dalam fasa PERANCANG...., PEREKA BENTUK, PENGUKUR BAHAN dan KOSTING, PERLAKSANAAN (KONTRAKTOR) , PENYERAH
Dalam melaksanakan pembinaan
Iktiraf tukang kayu, tukang mesin, manager, management, dan sebagai.
CIDB. lah badannya. dan dialah selayaknya untuk membuang pengiktirafannya.

Apa tugas PERUNDING? kalau tukang kayu, tukang simen, tukang besi, welding melakukan salah laku yang boleh menjejaskan KESELAMATAN, KESIHATAN dan KESELESAAN..contoh selesa.. step tangga.. pendek.. hingga pengguna atau stakeholder terpaksa ter tunjit...

Tugas PERUNDING melaporkan dengan segera kepada PENGUATKUASA.. kalau penguatkuasa tak menjalankannya.. laporkan kepada Penasihat Undang-Undang di negeri masing2 .
2 votes
JKR sudahpun bertahan selama berpuluh puluh tahun, dan ianya akan terus bertahan....sudah tentu JKR akan terus RELEVAN sehingga 2020 dan seterusnya....kitalah yang akan memastikan JKR berada dilandasan sepatutnya untuk merealisasikan kerelevanan JKR ini.....
48,890 points 9 18 55
0

Jangan Kamu Risau (JKR) kita masih relevan asalkan kita buat kerja betul - betul. Yg lain serah pada Tuhan.

...