search
Log In
10 votes
412 views
closed with the note: Diharap isu ini dibangkitkan kepada MBJ untuk dibawa ke peringkat atasan
in Human Resource Management 23,620 points 30 76 151
closed by
0
Salam,

Saya difahamkan semasa perlaksanaan PTK dahulu , terdapat pegawai yang tidak ambil/lewat ambil PTK tertinggal dari senarai untuk kenaikan pangkat walaupun LNPT markah agak tinggi.

Semua maklum bahawa PTK adalah sejarah.Jabatan perlu " perbetulkan " semula senarai kekananan supaya yang tertinggal semasa PTK ditempatkan semula ditempat sepatutnya.

 

Maaf kalau saya tersilap ulasan.

3 Answers

6 votes
 
Best answer

Isu kenaikan pangkat ini sudah lama diperkatakan oleh pengurusan JKR, tapi sehingga kini tiada mekanisme yang berstruktur dan berkesan. Satu ketika jabatan ada membincangkan kenaikan pangkat secara "Time Based" atau "Competency Based" tetapi  "suara JKR" mungkin tidak sekuat agensi lain dalam perkhidmatan awam dan pencorakan politik negara. Skim perkidmatan GURU sudah ada mekanisme sebagai Guru Pakar atau kenaikan secara automatik berdasar tempuh pengalaman dalam prosesion mereka. Begitu juga DOKTOR sememangnya amat selesa dengan skim yang sedang dinikmati. Penstrukturan semula gaji skim jurutera/arkitek/pegawai teknikal yang lebih relevan dengan pasaran industri semasa sebagaimana pergajian pegawai awam di Singapura perlu dicontohi untuk meningkatkan produktiviti & integriti di sektor pembinaan dan kejuruteraan negara.

6,520 points 20 53 80
selected by
0
Contohi PTD.. Work smart. Semalam dia 41 kita 44. Esok kita masih 44 dia dah 48. Lusa kita masih 44 dia dah 52. Apakah strategi mereka. mari kita pelajari.
0
setuju sangat dengan komen en fairuz, kita kene terima hakikat itu la yang berlaku dulu, kini dan selamanya.. persoalannya kita warga jrk terdiri dari kalangan profesional, berkelayakan tinggi dalam pengajian sains dan teknologi, tetapi ternyata tertinggal ke belakang dlam arus perjawatan kerajaan.. adakah kita hanya mampu bersuara bagi menyalak ke bukit tapi tiada hasilnya? Harapan kepada yang mempunyai daya usaha, idea, buah fikiran dan yang paling penting golongan yang mempunyai kuasa dalam menyelesaikan masalah ini dapat mengubah keadaan sedia ada, didahulukan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada yang akan merealisasikan perubahan akan datang... JKR Jasa Kepada Rakyat... Jasa Kepada Warga JKR(Kakitangan) harap jangan di lupa...
7 votes

Dun giv up untuk berdoa,

peluang itu ada untuk semua orang,

the world is large enuff for everyone's need but not for everyone's greed

mungkin rezeki tuan/puan bukan pada J48/J52/J54 tetapi pada yg lain.

Pihak pengurusan juga peru berusaha mengambil tindakan yang tidak kenal putus asa bagi membantu anak anak buahnya, which I rasa they are doing it, cuma ianya tidak semudah yang kita sangka. Tetapi we must never stop. Maybe adakan a special commitee yang merangkumi semua displin dan fokus khusus untuk mengkaji ways untuk masaalah memperbaiki kenaikan pangkat.

Try and always try, usaha dan terus usaha

a bird in your hand, let it go, if it comes back then its yours, if it didn't then it never was.

Salam

smiley

 

14,870 points 12 50 137
0
Rezeki Allah bukan hanya pulus tapi yang baik ialah ketenangan,sihat,mencukupi & redza meredzai.

Pihak pengurusan JKR tidak pernah mengabaikan staff mereka cuma staff ramai tapi jawatan terhad. Fikir-fikirkanlah..... !

Bersyukurlah kerana kita ada kerja; diluar sana berapa ramai yang tiada kerja ?
3 votes
Satu ungkapan madah yang wajar, sedap serta indah untuk didengar untuk dendangan wadah halwa telinga. Rasanya doa-doa itu memang ramai orang telah, sedang dan akan berdoa terus-menerus. Selain menunggu pihak atasan dan  pihak-pihak lain berusaha dengan tungkus lumus tidak kira siang dan malam, apakah usaha kita semua pula pada masa kini dan akan datang?

Ada apa-apa cadangan yang berkesan yang perlu diutarakan kepada pihak yang berkuasa untuk mempertimbangkan kenaikan pangkat kerana ramai juga daripada kita yang sedang menghampiri usia persaraan atau pencen dengan pengharapan yang hampir tipis atau mungkin berkecai dipenghujung perkhidmatan.

Sebagaimana kata En. Noorazman bahawa rezeki kita memang ada dan itu memang tidak dapat dinafikan kebenaran dan kemurahanNya iaitu mungkin dipengharapan yang lain yakni bukan di gred yang lebih tinggi yang ada pada skim sekarang.
42,490 points 27 106 201
edited by
0
Jangan putus harapan dengan Pencipta. Ia tidak pernah sekali-kali menzalimi hambanya .
...