search
Log In
26 votes
173 views
Banyak soalan yang tidak dijawab dan saya khuatir mereka yang join dalam JCop akan tidak aktif lagi jika ianya berterusan. Sebab itu saya ada cadangkan ada Champion untuk memantau perkara ini.
in Stakeholders Management 27,230 points 72 155 199

7 Answers

11 votes
salam tuan,

mungkin ada ahli dalam J-cop yang kurang setuju dengan cadangan melantik individu sebagai champion/owner/SME dengan alasan nnt akan wujud masalah kebergantungan tetapi saya bersetuju dengan cadangan tuan ini. mungkin apa yang boleh kita buat adalah memberi tanggunjawab kepada cawangan pakar yang berkaitan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan2 teknikal kerana menjadi salah satu fungsi utama cawangan-cawangan pakar untuk memberi khidmat nasihat.

selain itu saya juga berpendapat dibenarkan dalam J-cop ini untuk  soalan ditujukan terus kepada unit/bahagian/cawangan yang berkaitan. sebagai contoh, soalan berkaitan pengurusan penyenggaraan jalan ditujukan kepada BSFJ, soalan berkaitan BIM ditujukan kepada unit BIM PROKOM dan soalan berkaitan penempatan ditujukan kepada BDSM CPK. bukan bermakna individu lain tidak boleh berkongsi pendapat atau pengalaman tetapi sekurang-kurangnya setiap soalan akan mendapat perhatian sewajarnya dan jika ada rezeki kita, jawapan kepada soalan yang ditanya.

kalau tidak dibuat begini, dikhuatiri jawapan yang diberikan akan open-ended dan tidak fokus kepada membantu mereka yang bertanya.

sekian pandangan dari saya...
7,040 points 11 35 58
10 votes
Setuju dengan pendangan En. Nizam supaya pihak cawangan pakar dan cawangan berkenaan perlu mengambil perhatian dan menyediakan jawapan sewajarnya untuk kepentingan semua kakitangan yang menunggu-nunggu jawapan yang tepat, bernas dan memuaskan pihak yang mengutarakan jawapan untuk dijawab oleh ahli-ahli yang berhormat sekelian.
42,490 points 27 106 201
edited by
9 votes
It is always hoped that setiap soalan yang diaju boleh dijawab, tetapi not everyone has the answer to every questions posted here. We try our best to answer and hope that the experts or persons experienced in the related field come forward to help answer the questions posted here.

Maybe each and everyone one of us in JKR, regardless as to whether you are a JCoP member or not, should be encouraged to register and be active here at the JCop Cafe so that everyone can benefit  from the knowledge and experience gained by our Warga JKR.
10,580 points 9 40 73
8 votes
Ada juga 'soalan' yg diajukan kurang jelas jadi susah le nak jawab. Baik juga sekiranya soalan-soalan yg dikemukakan ini dapat diolah semula dan jawapan2 yg ada kaitan dgnnya boleh dikumpul.
7,270 points 15 33 66
6 votes
Bagi soalan yang kurang jelas mungkin banyak pihak boleh membantu dengan menjawab sambil menanya balik soalan atau dengan andaian masing-masing atau boleh gunakan tag komen.
42,490 points 27 106 201
6 votes
Mungkin paparan untuk setiap persoalan boleh dikategorikan selain boleh ditag.

Sekadar pandangan.
4,280 points 12 35 50
4 votes
Untuk makluman, di dalam usaha berterusan pihak urusetia bagi memastikan setiap soalan yang ditanya di dalam portal JCoP dijawab, antara inisiatif yang sedang dijalankan adalah dengan mengadakan sesi bengkel pemantapan JCoP bersama Pakar/SME dari disiplin/bidang yang berkaitan. Insya Allah, program sebegini akan dijalankan secara berkala dari semasa ke semasa.
39,540 points 30 76 149
...