search
Log In
31 votes
791 views

Sila beri pandangan tuan/puan. Jika tak jelas apa itu BIM, saya akan dalam forum ini dari masa ke semasa.

Suka saya petik kata-kata Chloe Smith, Parliamentary Secretary (Government UK, 22 Mar 2013)

"We want the UK to remain global pioneers, so by 2016, all central goverment project will be implementing digital technologies (Building Information Modelling as BIM)"

"We're competing in a global marketplace and new ways of working like BIM will help to keep the UK at the forefront of digital technology innovation and attract investment"

in BIM 27,230 points 72 155 199
recategorized by
1

 

Cycle of the Building Information Modelling..

11 Answers

10 votes

Melihat kepada kebaikan dan hasil yang diperolehi daripada perlaksanaaan secara BIM ianya sememangnya WAJIB dilaksanakan di JKR. Jika tidak, JKR akan tertinggal.

Namun persoalannya bagaimana kaedah terbaik untuk pelaksanaan BIM. Ambil contoh Jurutera Rekabentuk di CKASJ sekarang mempunyai beban tugas yang banyak dan memerlukan masa untuk pembelajaran. sekiranya tidak projek pasti akan delay kerana hendak belajar.

kita boleh lihat rekabentuk struktur menggunakan IBS pun mengalami masalah dimana pegawai tidak tahu untuk melaksanakan dan memerlukan pembelajaran secara berperingkat..termasuklah saya. mohon pencerahan daripada tuan/puan...

2,230 points 4 11 18
11 votes
BIM is a great tool if one is competent in using the tool. I see it as a powerful and great tool where any request for changes made to a design can be concurrently and quickly made to all drawings of all disciplines, thus mempercepatkan proses penyediaan lukisan.

Unfortunately JKR belum sampai ketahap cukup mahir untuk melaksanakan projek menggunakan BIM sepenuhnya. Buat masa ini JKR masih melaksanakan BIM secara separa BIM where only some drawings are being done using the BIM tool.

Saya mencadangkan sebagai permulaan (BIM started implementing a big scale and complex project last year) dalam pelaksanaan projek supaya JKR memilih projek yang tidak terlalu besar atau kompleks untuk dijadikan sebagai projek perintis dan melantik the software/tool designer/vendor untuk membantu JKR for the first few projects until we have reached at expert level at implementing projects using BIM fully before we implement on a larger scale and more complicated project on our own.
10,580 points 9 40 73
9 votes

Sebelum sesebuah organisasi membangunkan sesuatu sistem, perkara asas yang perlu diadakan adalah menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Buat masa ini infrastruktur bagi BIM masih di tahap minima dan budaya amalan masih perlu dipertingkatkan. Begitu juga dengan buy-ins daripada warga JKR. Walaubagaimana pun dengan komitmen daripada semua, saya yakin BIM akan menjadi satu tool berharga yang akan menyumbang kepada kelancaran sistem penyampaian projek di JKR.

2,750 points 6 23 31
9 votes

Untuk melaksanakan secara total pada masa sekarang mungkin tidak mudah oleh itu boleh laksana ikut fasa

Fasa pertama wajibkan untuk projek baru yang direkabentuk oleh perunding atau projek reka dan bina. Pastikan keperluan dinyatakan dalam kontrak kerana kontraktor atau perunding tidak akan laksana secara rela. Pilih projek yang kompleks dan rumit. IKN sebagai contoh telah dapat melaksanakan nya dengan jaya terutama untuk anti clashing.

Pada peringkat ini perekabentuk JKR boleh mahirkan diri dalam penggunaan software dsb nya dan beleh belajar dari perunding menerusi projek yang diselaras nya.Apabila telah ada kemahiran dan basic tools sudah mencukupi kita boleh mula guna untuk projek in house.

Apabila JKR telah familiar dan nampak manafaat BIM mudah untuk kita laksana secara besar-besaran. Kajian keberkasanan perlu ada untuk pastikan investment Kerajaan akan menerbitkan value for money.

 

1,380 points 6 11
10 votes
Pada pendapat saya ia mesti dilaksanakan di dalam JKR kerana ia adalah the latest in building technology dan dengan megadaptasi BIM banyak kesilapan-kesilapan di dalam reka bentuks serta pembinaan dapat dikurangkan dan kadangkala dihapuskan. Ini menyebabkan BIM menjadi satu tool yang amat efisien dan cepat. Pembinaan juga dapat dilalaksanakan dengan cepat with very minimum mistake keran dengan BIM sebagai contohnya kita boleh membuat clash detection pada peringkat awal dengan information yang ada dan direalisasikan dalam bentuk 3D. Pengalaman saya sendiri semasa melawat "idea Homes" oleh Sime Darby, everything is BIM dan from scracth to the real building hanya mengambil masa 6 bulan untuk disiapkan. Begitu juga dengan projek-projek merelka yang akan datang, it's 100% BIM & its fast & efficient!

Walaubagaimanapun ada banyak kekangan di dalam JKR kerana kita bukanlah profit based company, walaubagaimanapun kita mesti bersedia untuk menghadapinya atau seperti mana yang disebut di atas, kita akan ketinggalan. Ia, masih banyak kekangan yang dihadapi oleh JKR, antara masalah terbesar juga adalah ruang maya dan server di JKR. Tapi saya yakin kita boleh melaksanakannya, at least seperti juga yang disebut di atas, secara berfasa.
10,070 points 33 66 107
8 votes
Bersetuju supaya JKR teruskan usaha dengan kejayaan pelaksanaan BIM bagi projek Institiut Kanser Negara (IKN) yang siap lebih awal dari jadual dalam kos projek yang telah diperuntukkan dengan kos projek yang diskalakan mega itu. Semoga dengan kejayaan ini akan dituruti dengan kejayaan projek BIM yang lain yang akan menaikkan nama JKR dan juga secara tidak langsung nama pegawai-pegawai yang terlibat dalam melaksanakan projek ini hasil buah tangan kita kakitangan JKR. Dengan siapnya projek IKN ini telah membuka mata setengah pihak terutama sekali pihak pelanggan yang selama ini beranggapan projek JKR lewat siap, banyak EOT dan kecacatan serta kos meningkat dengan tambahan VO yang tak terkawal.
42,490 points 27 106 201
8 votes
Pandangan saya pula; baguslah JKR menggunakan teknologi 3D, 4D sampailah ke 7D, sebab teknologi ini masih baru penggunaan secara meluas di Malaysia. Jika JKR dapat kuasai B.I.M dengan baik, maka perunding-perunding akan pandang tinggi pada JKR. Klien pun akan teruja dengan JKR kerana jika mereka buat projek sendiri, dan ambil perunding, mereka masih menggunakan 2D.

Imej baik JKR akan meningkat.
4,930 points 5 26 43
7 votes

Petikan berikut diambil dari laman sesawang CIDB berkenaan dengan BIM

link rujukan:http://www.bimcenter.com.my/index.php/en/bim-information/item/about-bim-2

 

Some History

The government participation in BIM begins through the first government’s BIM project officially announced in 2010, which is the National Cancer Institute in Sepang. Unfortunately, this has been contradicted with the research paper entitled Building Information Modeling (BIM) Application in Malaysian Construction Industry which is published through International Journal of Construction Engineering and Management. To avoid confusion to the industry, we would like to clarify that the project mentioned in the paper as the first project using BIM in Malaysia is inaccurate whereby the project owner has personally deny that the project is a BIM project during CIDB workshop in Nov 2011. The project only uses virtual design isolated for the roof structure alone, which do not meet the overall concept of BIM. On the other hand, most of the information in the paper is questionable.

Meanwhile, we also like to clarify that as at todate the government of Malaysia had never selected any single BIM platform for the implementation as this will be bias and create monopoly in the market. There are other products (besides Revit), that able to perform BIM methodology such as Bentley Aecosim, ArchiCAD and Tekla.

4,280 points 12 35 50
6 votes
Mohon pihak Prokom memberikan Penerangan BIM dan menguar-uarkan kepada semua pegawai termasuk di daerah-daerah dan di Kader untuk memberikan awareness kepada semua Pegawai.

Pendekatan berkongsi slide presentation juga boleh dibuat bagi memudahkan pegawai yang tidak berkesempatan menghadiri kursus BIM.

 

Terima Kasih
9,490 points 25 58 108
8 votes

BIM Benefits Contributing the Most Value:

Source:McGraw Hill Construction SmartMarket Report, 2009

17,700 points 15 45 120
...