search
Log In
10 votes
386 views
in Fixed Asset (Tak Alih) 1,340 points 3 16 23
recategorized by

3 Answers

10 votes
Jawapannya ialah Kerajaan. Yang pentingnya, pengurusan jalan kita mesti TOP. Segala permasalahan dengan jalan mesti disediakan lapuran dan dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab untuk kelulusan. Kita kat district/state perlu manage dengan melaksanakan langkah yang perlu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Disini peranan HQ amat penting untuk tindakan selanjutnya. Tiada apa sangat yang dapat dibuat jika tiada peruntukan

Sekian, terimakasih
27,170 points 72 155 199
0
Betul lah kerajaan.... tapi siapa yg bertanggungjawab perlu hadir ke mahkamah?
0

Laporan kerosakan, permohonan peruntukan, surat menyurat dengan pihak berkaitan serta langkah-langkah perlu telah diambil, dan perlu teratur. Ini bertujuan semua langkah-langkah susulan dan tindakan yang diambil, dilihat telah memenuhi tanggungjawab dan bidang kuasa yang ada. Kuasa melulus peruntukan pula dibawah kawalan dan tanggungjawab pihak lain dan elok juga disyorkan mereka ini disapina di mahkamah sebagai saksi (jika perlu).

 

Siapa yang akan perlu hadir ke mahkamah? Biasanya KPP Jalan atau Jurutera Daerah. Jika penyelenggaraan jalan dibawah konsesi, pihak konsesi turut dipanggil bersama pihak JKR (pihak yang bertanggungjawab ke atas jalan). Apabila di mahkamah, memang kita dilauk-pauk oleh peguam plaintif. Dipanggang disalai cukup-cukup. "Adakah tuan bersetuju dengan saya, jalan berlubang merbahaya kepada pengguna jalan raya?" Peguam plaintif ingin jawapan ya atau tidak, dan tidak mahu mendengar penjelasan lanjut.

 

Andai kata keputusan mahkamah tidak memihak JKR (kerajaan) dan perlu membayar gantirugi kepada plaintif, sekurang-kurangnya kita tidaklah dikenakan surchaj oleh Perbendaharaan. Untuk mengetahui keputusan samada kena surchaj atau tidak, mengambil masa yang lama. 

 

Perit dan memang memeritkan. Dan umumnya semua pihak tahu jika berlaku kematian / kecederaan akibat jalan berlubang / rosak, keluarga mangsa boleh menyaman pihak kerajaan (JKR). Ditambah pula ramai wakil-wakil peguam berada di hospital untuk mengambil kes saman / tuntutan, dimana mereka boleh menang mudah di mahkamah. 

 

 

 

 

 

 

 

5 votes

The best untuk jawapan kepada persoalan ini ialah panggil PU(Penasihat Undang Undang KKR) kerana beliau dapat memberikan gambaran terperinci. 

My opinion,

Adakah jalan itu jalan konsesi?

Jika jalan itu jalan konsesi, maka kena panggil konsesi menjawab dan bertanggung jawab kenapa jalan rosak tidak di perbaiki.

Namun JKR juga tidak terlepas dari tanggungjawab sebagai custodian of the road. 

Just nak mention, kepada pengguna jalan, they don't care peruntukan ada ke tak da, cukup ke tak cukup, that is for the government to solve.

Kalau tuan ke klinik Kerajaan dan Tuan Doktol kata tuan kena tunggu 4 atau 6 jam kerana tak cukup jarum nak cucuk, apakah boleh tuan terima.

Atau Tuan Doktol kata, jarum baru tak de, terpaksa pakai jarum yg nak di pakai, tetapi bersih dah di cuci ngan klorox, tuan boleh accept ke?

Begitu lah karenahnya bila jalan rosak dan berlubang, samanya.


(اللهمّ يسر و لا تعسر)

cool

 

14,870 points 12 50 137
1 vote
Pihak yang bertanggungjawab ialah pihak yang empunya atau yang bertanggungjawab atas jalan tersebut.
 
LLM dan pihak konsesi - Lebuhraya
JKR Federal - Jalan persekutuan
JKR Negeri - Jalan negeri
PBT - Jalan di bawah pihak berkuasa tempatan
Syarikat persendirian - Jalan persendirian
42,490 points 27 106 201
edited by
...