search
Log In
11 votes
161 views
in Fixed Asset (Tak Alih) 1,340 points 3 16 23
recategorized by

3 Answers

7 votes
En Fozi,

JKR tidak ada kuasa untuk menyaman. Apa yang pernah kami praktik (semasa bertugas di bawah Dato' Ir. Dr. Azmi), JKR Kelantan menubuhkan satu Unit yang dinamakan Unit Penguatkuasaan Rezab Jalan. Unit ini akan memantau dan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang lain seperti Polis dan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebarang pencerobohan Rezab jalan, JKR bersama-sama  dgn pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Ia nampak berkesan dan dapat mengelakkan pencerobohan rezab Jalan. Walaubagaimanapun ianya berganting kepada komitmen  JKR masing-masing.

Rezab Jalan mesti dijaga kerana ianya aset kita dan jika ada projek naik taraf jalan, masalah pengalihan setinggang tak akan berlaku. Sama-samalah kita sayangi aset kita

Sekian, terimakasih
27,170 points 72 155 199
0
Kenapa tiada usaha untuk memperkasa jkr kearah untuk wujudkan penguatkuasa ...dibentang dan diluluskan oleh parlimen.
0
Yang penting kerjasama daripada pihak berkuasa yang memahami undang2. Tak perlulah setiap pencerobohan rezab jalan perlu ada lapuran baru nak ambil tindakan. Bukankah semua jabatan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan kerajaan.

Cuba kita lihat antara JKR dan JPJ, JKR bina jalan tapi cukai jalan dipungut oleh JPJ dan bila jalan rosak, adakah JPJ akan salur peruntukan untuk baiki jalan tersebut? ... Sekadar renungan saja,.. Maaf lari topik sikit.
3 votes
Setuju dengan Fairuz bahawa mengapa JKR  tidak menjadi sebagai salah satu pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk menguatkuasa 1 undang-undang pun jadilah seperti penguatkuasaan pencerobohan jalan atau penggunaan ruang resab jalan agar tidak berlaku ramai setinggan yang menduduki aset jalan yang mana semasa pembesaran jalan kerajaan terpaksa membayar pampasan yang banyak kepada setinggan dan pengguna yang lain walhal tanah itu tanah kerajaan dan kalau ikut logik kerajaan tak perlu mengeluarkan sedikit pun belanja bagi mengeluarkan setinggan dari tapak projek sebaliknya penggunaan atau setingganlah yang perlu membayar kerana mereka telah mendiami tanah kerajaan secara percuma tanpa apa-apa bayaran dan adakala mereka mendapat lebihan pula kerana memberi sewa kepada pihak lain.

Kita juga sedih melihat jalan yang agak baru diturap telah dikorek semula bagi tujuan memberi kemudahan pembekalan utiliti lain yang kemudiannya jalan telah tidak diturap dengan sempurna yang mencacatkan penglihatan kita juga serta kurang selesa apabila melalui jalan tersebut akibat berlubang di sana sini kerana jalan  tidak rata.
42,490 points 27 106 201
0
Saya juga berminat untuk tahu lebih lanjut ttg isu ini. Harap pihak atasan JKR dapat memikirkan jalan yang terbaik.
4 votes

Mari kita lihat:

SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PEKELILING MENGENAI FUNGSI DAN BIDANGKUASA MENTERI KERJA RAYA UNTUK MENGURUSKAN ORGANISASI KKR DAN AGENSINYA 

2.1. Senarai undang-undang dan pekeliling yang berkaitan adalah seperti berikut: 

a. Perlembagaan Persekutuan 

b. Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969 [Akta 2]: Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 2) 2008 [P.U (A) 170/2008] 

c. Pekeliling Am Bil.2 Tahun 1982 

d. Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 

e. Akta Kontrak Kerajaan 1949 (semakan 1973) [Akta 120] 

f. Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376] 

g. Kanun Tanah Negara 1965 

h. Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306] 

i. Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] 

j. Akta Perwakilan Kuasa 1956 [Akta 358]: Perwakilan Kuasa di bawah Seksyen 77, 84, 85 dan 85A Akta Pengangkutan Jalan 1987 

k. Akta Lembaga Lebuhraya Malaysia (Perbadanan) 1980 [Akta 231] 

l. Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520] 

m. Akta Pendaftaran Jurutera 1967 [Akta 138] 

n. Akta Arkitek 1967 [Akta 117] 

o. Akta Juruukur Bahan 1967 [Akta 487] 

p. BAB A (P.U. (A) 176/2005) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005

Sejarah sikit; pada 5 Mac 1976 sekali lagi nama Kementerian Kerja Raya dan Pengangkutan telah di ubah pula kepada nama baru iaitu Kementerian Kerja Raya dan Kemudahan – Kemudahan Awam (Ministry of Works and Utilities) tetapi hanya tempoh 7 tahun sahaja. 

Kedudukan Kementerian Kerja Raya di dalam Perlembagaan Persekutuan pula;

Perkara 74 dan 77 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan; 

Senarai 1 (Senarai Persekutuan) dalam Jadual Ke-9, Perlembagaan Persekutuan - Butiran 10 : Perhubungan dan pengangkutan, termasuk: jalan, jambatan, feri dan cara perhubungan yang lain jika diisytiharkan sebagai Persekutuan oleh atau di bawah undang-undang Persekutuan.

Senarai II (Senarai Negeri) Jadual ke-9, 

(a) Kerja raya bagi maksud Negeri; 

(b) Jalan, jambatan dan feri selain yang ada dalam Senarai Persekutuan, pengawalseliaan berat dan kelajuan kenderaan di atas jalan itu;

Baru kita masuk pasal akta;

AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1959 (DISEMAK 1989) [AKTA 376] - Fungsi utama KKR antara lainnya adalah membina jalan Persekutuan. Sebelum sesuatu jalan/jambatan tersebut dijadikan sebagai jalan/jambatan Persekutuan, Menteri Kerja Raya hendaklah mengisytiharkannya di bawah Seksyen 3, Akta Jalan Persekutuan 1959 (selepas berunding dengan Kerajaan Negeri).

SEKSYEN 62 KANUN TANAH NEGARA 1965 -  Selain daripada peruntukan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959, adalah juga penting bahawa tanah bagi sesuatu jalan itu diwartakan sebagai rizab jalan Persekutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965. Dengan pewartaan di bawah Kanun Tanah Negara ini, maka adalah menjadi bukti yang konklusif bahawa tanah yang diwartakan itu adalah rizab jalan Persekutuan. 

AKTA JALAN PERSEKUTUAN 1984 (PENGURUSAN PERSENDIRIAN) [AKTA 306] - Bagi jalan Persekutuan yang mempunyai kutipan tol, Akta Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 [Akta 306] memperuntukkan kuasa kepada Menteri Kerja Raya untuk mengendali dan menguruskan jalan Persekutuan bertol.

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 [AKTA 333]

a) Kuasa berhubung dengan had laju 

b) Kuasa untuk menghalang menggunakan kenderaan di jalan-jalan tertentu

c)  Laluan Pejalan Kaki (berhubung dengan jalan Persekutuan)

d) Pemasangan Papan Tanda Trafik (berhubung dengan jalan Persekutuan)

e) Kuasa Menteri Kerja Raya untuk melarang apa-apa pertandingan atau perlumbaan yang dibuat di atas jalan Persekutuan

f)  Kuasa untuk memasang tempat perlindungan, laluan bawah tanah dan titian

g) Kuasa untuk mengalihkan mana-mana struktur dari jalan Persekutuan

h)  Kelulusan untuk pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti awam ke jalan-jalan yang ada.

i)  Kelulusan untuk pembinaan struktur bagi iklan dan sebagainya

j)  Kuasa untuk sekatan bagi kenderaan-kenderaan di atas jambatan

Apa kuasa Pengarah JKR Negeri & Jurutera Daerah pulak;

AKTA PERWAKILAN KUASA 1956 [AKTA 358]: PERWAKILAN KUASA DI BAWAH SEKSYEN 77, 84, 85 DAN 85A AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

SeksyenNegeriPenurunan kuasa kepada
77 - Kuasa mendirikan isyarat-isyarat lalulintas
  • Perlis
  • Lain2x Negeri Semenanjung
  • Pengarah Kerja Raya
  • Jurutera Daerah
84 - Kuasa mengalihkan struktur daripada jalanjalan
  • Perlis
  • Lain2x Negeri Semenanjung
  • Pengarah Kerja Raya
  • Jurutera Daerah
85 - Pembinaan akses dan parit dan penyusunan pemasangan utiliti awam ke jalan sedia adaSemua Negeri di Semenanjung

Pengarah Kerja Raya

85A - Pembinaan struktur-struktur iklan dan sebagainya
  • Perlis
  • Lain2x Negeri Semenanjung
  • Pengarah Kerja Raya
  • Jurutera Daerah

Tiada akta yang diperuntukan kpd KKR untuk menubuhkan satu unit penguatkuasaan dan KKR berkongsi AKTA 333 dengan beberapa Kementerian yang lain. Maka koordinasi bersama dengan agensi penguatkuasaan di peringkat Negeri dan Daerah serta Persekutuan penting bagi membendung kegiatan pencerobohan rizab Jalan.

9,660 points 6 25 67
edited by
...