search
Log In
7 votes
44 views
in Stakeholders Management 1,340 points 3 16 23

1 Answer

4 votes

Sebenarnya polisi JKR tidak membenarkan kita menjawab secara terus live telecast kepada aduan awam melalui media tak kira samada TV atau surat khabar.

Jawapan perlu di sediakan dan di berikan kepada PRO Kem.Kerja Raya supaya jawapan tersebut dapat di tapis dan diperhalusi sebelum ianya disebarkan secara umum.

Rationalenya ialah kita tidak mahu nanti jawapan yang dikeluarkan bercanggah dengan apa yang kita amalkan atau pratikkan.

Ada baik dan ada juga buruknya kalau cara begini.

Baiknya ialah ada kawalan terhadap mesej yang nak disampaikan. i.e PRO KKR selalunya akan merujuk kepada pejabat  YB Menteri. Jadi jawapan yang keluar more or less boleh dilaksanakan kerana ianya adalah komitmen yang datang dari pejabat Menteri sendiri.

Tak baiknya ialah kita tidak dapat nak menjawab atau menutup sesuatu isu itu dengan pantas kerana terpaksa melalui beberapa proses penapisan terlebih dahulu.

Akibatnya rakyat akan marah dan seperti biasa apabila marah maka keluarkan ayat ayat seperti "JKR hanya membisu apabila di tanya apakah tindakan segera yang akan diambil dsbnya"

(اللهم يسر و لا تعسر)

cool

 

 

 

14,870 points 12 50 137
0
Sikap membisu jabatan ini menyumbang kepada persepsi negative kementerian lain dan orang awam. Zaman dah berubah rakyat perlukan maklumat terkini dan segera. Peranan Pegawai Perhubungan Awam JKR perlu diperkasa selaras debfan slogan "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN"
...