search
Log In
8 votes
79 views
in Bridge 23,630 points 31 76 151

1 Answer

7 votes
 
Best answer
Tuan,

Bila bincang berkenaan Bridge Design, salah satu yang mesti diberi perhatian ialah keperluan horizontal clearance dan vertical clearance. Tak kira samaada ianya laluan atas sungai/laut atau laluan atas melintasi jalan/track keretapi atau juga valley.

Bridges ini ada banyak jenis;

1. Beam/Girder Bridge (Precast beam, box girder) - rentang maksimum adalah sehingga 150 meter

2. Truss Bridge - rentang maksimum tak silap saya up to 350 meter

3. Arch Bridge - rentang maksimum boleh sehingga 250 meter

4. Suspension Bridge - Rentang antara 600 meter sehingga 2KM

5. Cable Stayed Bridge - Rentang antara 150 meter sehingga 1KM

So, all bridge types mempunyai had-had rentang dan pemilihannya adalah bergantung kepada keperluan di lokasi yang hendak dibina.

Sebagai contoh, bagi nak bina bridge melintasi sungai selebar 200meter, dan keperluan kepada navigasi pada tengah-tengah sungai hanyalah 100 meter. Jadi dalam kes ini bridge yang sesuai ialah Beam Bridge kerana fungsinya dipatuhi dan more economic berbanding dengan type lain. Jika client kata hendakkan arch bridge atau cable stayed bridge kerana atas faktor aesthetic, so ianya juga boleh digunakan tetapi kosnya adalah tinggi berbanding dengan beam bridge. Dari segi structural performance/integrity ianya ianya adalah sama saja.

Saya ada buat perbandingan antara semua types based on cost per meter sq. Jika saya jumpa lapuran tu, saya bagi kepada tuan... tapi harganya ialah based on harag 12 tahun dulu. Apapun, kita boleh buat kepada perbandingan secara ratio harga.

Sekian dulu, terimakasih. Maaf jika tak jawapan tak mencapai hasrat yang diharapkan.
27,230 points 72 155 199
selected by
0

Tuan,

Pada pandangan saya sebelum kita bincang isu tentang "economical cost" dan membuat perbandingan terhadapa kedua jenis rekabentuk yang berbeda kita harus mengkaji kos keseluruhan untuk sesebuah jambatan dahulu.

Kos keseluruhan sesebuah jambatan harus mengambil kira 2 aspek:-

a) Kos pembinaan

  •  akan berbeda mengikut rentang, rupabentuk dan penggunaan bahan.
  • kos merekabentuk.
  • kaedah pembinaan juga merupakan faktor utama peningkatan kos.
  • kos pemgambilan tanah.
  • pengalihan servis.

b) Kos penyenggaraan

  • kos kitaran hayat setiap komponen jambatan mengikut net present value.
  • kos untuk menyenggara setiap komponen mengikut kedudukan, bahan pembinaan dan jangka kitaran hayat komponennya.
  • kos penyenggaraan adalah diperlukan sepanjang hayat penggunaan.
  • kos pembaikan dan baikpulih untuk membolehkan setiap komponen jambatan itu mampu berfungsi mengikut kapasiti yang telah direkabentuk.
  • peningkatan kos penyenggaraan harus diambil kira setiap tahun.

Sekian dahulu, terimakasih. Ia cuma pandangan sahaja......

...