search
Log In
17 votes
76 views
in Mechanical 20,510 points 37 76 165
0
fungsi sama....tapi belum ada data lengkap untuk komen drp sudut performance dan mainternance

1 Answer

3 votes
 
Best answer
Sistem ini sesuai dipasang pada ruang/bilik bagi melindungi barang-barang yang berharga, artifak, barang-barang peninggalan sejarah dan lain-lain lagi. Kebiasaannya ianya menjadi pilihan bagi projek Muzium, Arkib, Galleri lukisan dan sebagainya.

Fungsi sistem ini direkabentuk untuk sensitif kepada sedikit perubahan suhu didalam ruang/bilik yang dilengkapi dengan sistem ini dimana ianya berkonsepkan mengitar udara  didalam bilik tersebut secara berterusan dan mewujudkan kitaran udara yang memasuki suatu tiub untuk mengesan sebarang perubahan suhu yang dilaraskan mengikut kesesuaian fungsi pengesan dan bertindak membunyikan penggera sekiranya mengesan sebarang peningkatan suhu ke darjah yang dilaras dan ditentukan.

Mengenai perbezaan diantara kedua produk ini, ianya sukar untuk dikomen kerana keberkesanan sistem ini hanya dapat diukur dalam situasi sebenar keupayaan mengesan dan menggera.

Situasi kebakaran jarang berlaku dan boleh dikatakan tiada rekod setakat ini untuk menilai keupayaan sistem itu. Oleh itu sukar untuk menilai yang mana lebih baik antara kedua brand ini.

Langkah terbaik ketika ini ialah dengan membuat ujian terhadap sistem ini bagi memastikan ianya berfungsi seperti yang dikehendaki.

Seperkara lagi, dalam memperkatakan perbezaan terhadap perbandingan diantara dua brand yang berada dipasaran, data dan track rekod amat penting agar tidak tersalah membuat perhitungan dan boleh mengundang masalah dengan pembekal.

Setakat ini kedua-dua sistem ini digunapakai tanpa sebarang respon dan maklumbalas  mengenai ketidakfungsian atau ketidak keberkesanan  sistem ini pada ruang/bilik yang tertentu.
1,510 points 1 5 18
selected by
...