search
Log In
24 votes
239 views
Apakah risiko yang paling tinggi dalam sesuatu projek?
in Risk Management 4,610 points 7 18 37

11 Answers

11 votes
Apabila projek itu gagal disiapkan mengikut keperluan pelanggan
9,000 points 17 34 84
12 votes
Projek yang melibatkan ahli politik.
10,800 points 8 42 88
Bagaimana menangani risiko melibatkan ahli politik?
13 votes
Diantara risiko yang paling tinggi di dalam sesuatu projek itu ialah apabila terdapat kehendak dan arahan daripada pelanggan atau pun "stakeholders" yang memerlukan SO melakukan perubahan-perubahan besar dari segi skop atau kualiti sewaktu projek sedang berjalan.
720 points 3 6 11
Bagaimana menangani risiko perubahan besar ke atas skop sewaktu projek sedang berjalan
12 votes
Antara risiko yang paling tinggi untuk sesuatu projek adalah kegagalan menyiapkan projek mengikut perancangan ( masa, kos, kualiti) dan kehendak sebenar pelanggan.
7,270 points 15 33 66
8 votes
apabila projek tidak mencapai objektif, fungsi, kos dan masa yang ditetapkan
5,860 points 3 10 41
11 votes
Setiap projek adalah unik. Untuk menentukan risiko yang paling tinggi ada kaitannya dengan objektif projek yang paling utama yang perlu dicapai. Sebagai contoh, menyiapkan projek tanpa kos tambahan menjadi objektif utama kerana secara muktamadnya tiada langsung peruntukan tambahan akan diluluskan, maka risiko yang menyumbang kepada pertambahan kos projek adalah risiko yang paling tinggi.
2,400 points 2 8 23
6 votes

 

 

kalau mengikut malaysian chapter, as far as bangunan is concern

 

risiko yang paling tinggi dalam projek adalah projek memasang bumbung KLCC,

 

(اللهم يسر و لا تعسر)

cool

 

14,870 points 12 50 137
6 votes
Projek yang gagal memberikan nilai yang baik kepada negara.
33,150 points 15 51 137
3 votes

Pada pandangan saya agar sukar untuk menentukan risiko apa yang akan dianggap sebagai risiko paling tinggi didalam sesuatu projek. Kita harus kaji dari sudut aspek seperti di bawah:-

  • Lokasi projek.
  • Konsep rekabentuk.
  • Penggunaan bahan.
  • Masalah penggambilan tanah.
  • Masalah pemindah utiliti.
  • Tersalah buat anggaran dan kos perlaksanaan sebenar tleh melebihi anggaran asal dengan peningkatan yang besar.

Setiap isu tersebut diatas akan ada risk factor tersendiri, maka agar sukar untuk kita membuat penentuan melainkan dengan jelasnya kita telah ketahui impaknya terhadap projek berkaitan. Maka adalah wajar JKR membuat semakan dengan teliti diperingkat awal lagi. Disamping itu senarai semakan mengikut bidang pembinaan yang jelas dan teliti juga perlu dibekalkan sebagai rujukan.

43,480 points 103 180 306
edited by
2 votes

Mendapat kontraktor yg tk perform. buat la apa pun best practices. projek akan bermasalah.

2,210 points 3 18 37
edited by
...