search
Log In
22 votes
1,726 views
in Mechanical 23,630 points 31 76 151

2 Answers

7 votes
 
Best answer

Mengikut pengalaman saya, masalah kulat di kilinik kesihatan (cth KK3, Bilik Farmasi, Air Cond beroperasi 24 jam), adalah berpunca daripada pengguna akhir (di bilik Famasi) menetapkan (SETTING) pd suhu 16'C atau 18'C (terlalu rendah) untuk siang dan malam, sedangkan bilik2 lain (selain bilik Farmasi) beroperasi 8.00 pagi hingga 5.00 ptg, (8jam bekerja) adalah suhu biasa iaitu 22'C ~ 24'C sahaja.

Jadi pada waktu malam atau hari tidak bekerja, bilik2 lain disekeliling bilik farmasi, suhu adalah tinggi (kerana air cond STOP/Tidak beroperasi,melebihi 16'[email protected] 18'C) TETAPI di bilik Farmasi masih kekal sejuk, jadi kulat hampir terjadi pd dinding yg tidak air con 24 jam.

Bagi mengelakkan kulat terus membesar/banyak, saya telah berbincang dgn Pegawai Farmasi dan minta nasihat keperluan sebenar tahap suhu yang diperlukan oleh ubat-ubatan yg tersimpan didlm stor ubat dan bilik farmasi (air con 24jam), Pegawai Farmasi memaklumkan bahawa suhu diperlukan hanya suhu bilik sahaja tetapi berterusan 24jam, maka saya mengubah dengan menaikkan SETTING AIR COND kepada 21'C~22'C (iaitu rendah sedikit drp suhu bilik biasa).

Pemantauan dibuat berterusan oleh staff farmasi dan CKM, didapati kulat sudah tiada dan tiada masalah kpd ubat-ubatan serta tidak mengganggu operasi harian KK3 tersebut. SEKIAN TQ

 

 

 

 

1,030 points 1 3 10
selected by
0

Jadual di atas menunjukkan hubungan antara Air Temperature (suhu bilik) dan Relative Humidity.

Data sebenar perlu diperolehi bagi suhu bilik, suhu permukaan dinding di sebelah luar farmasi dan juga Relative Humidity. Data tersebut boleh dicerap dengan menggunakan peralatan yang sesuai seperti gambar di bawah. 

 

CONTOH :

Nota : A & B bagi suhu permukaan pada dinding:

A ialah suhu permukaan dinding di bilik farmasi

B ialah suhu permukaan dinding di bilik X (bersebelahan farmasi)

 

Ada 2 perkara penting iaitu Suhu Bilik dan Relative Humidity dalam pembentukan spora (kulat).

Sekira terdapat paip bocor, gutter bocor dan air sentiasa memasuki sesuatu bilik, secara tidak langsung RH di bilik tersebut meningkat dan keberangkalian untuk pembentukan spora akan meningkat.

5 votes
Pihak CKK patut jawab soalan ini.Telah ada lesson learnt. Sekarang tidak silap saya diblik farmasi dimana perlu hawadingin 24 jam diadakan dua lapisan dinding bata kat tengah kosong atau rock wool. Konsep mcm tingkap double glazing kat negara sejuk. Dulu kat KK3 utk mengatasi fungus saya pakai cat khas acrylic dimana fungus susah nak berlaku.
10,800 points 8 42 88
0
Cawangan pakar ( mekanikal) lebih expert dalam hal ini sebab terlibat 24 hrs aircon...
0
tuan, boleh nyatakan punca kepada masalah kulat / fungus ini? adakah ia kekurangan pada rekabentuk, penggunaan bahan yg tidak sesuai atau ada punca lain?

 

terima kasih atas perkongsian ilmu...
0
Punca nya masalah kondensasi di bilek2 yang ada 24 jam aircon.
0
salah tu...

kulat tak semestinya berlaku pada bilik 24jam sahaja... tak semestinya melibatkan masalah sistem aircond sahaja.... cuba review balik masalah yang masuk paper dekat melaka tak lama dahulu... takde pun melibatkan sistem aircond.... hanya disebabkan paip gutter bocor dan melimpah ke koridor... kulat menyerang hingga ke loose funiture... langsir... karpet dan segala-galanya... simple to understand is.... kulat akan hidup/trigger  apa bila kombinasi suhu + kelembapan(humidity) untuk proses pembiakannya menepati takat tertentu ... kalau kita boleh control kedua-dua perkara diatas ... insyaallah takkan terjadi.... spora kulat ada dimana-mana saja disekeliling kita... cth... fabrik (kerusi, karpet, langsir... etc)... kayu .. (meja, kerusi, almari, kertas... etc)... dinding, siling... n soo many thing... semua benda-benda ni ada spora kulat yang duduk diam bersama-samanya... hanya menunggu masa yang sesuai untuk keluar (apabila suhu + kelembapan mencapai tahap pembiakannya)... langkah pencegahan... kena pastikan perkara tersebut tak mencapai tahap trigger kulat.... so... kenapa sistem aircond  selalu dikaitkan dengan kulat??... sebabnya... sistem aircond lah yang paling terdedah kepada perubahan suhu dan kelembapan... bagimana kaitannya??... yer la kan...dengan suhu khatulistiwa negara kita... semua orang nak sejuk... jadi suhu panas perlu dikurangkan... sedangkan suhu diluar panas... bayangkan dinding luar dan dalam yang ada perbezaan suhu... kelembapan pun sama... diluar bangunan dan dalam bangunan ... semuanya ada turun naik kan... itulah puncanya spora2 kulat trigger untuk keluar.... sekian ... sedikit knowledge dari seorang layman ini... (",) Note: teringat kisah dulu2... orang kampung... nak menanam tanaman.... cara paling berkesan untuk pastikan kawasan yang nak ditanam tersebut tak naik lalang ialah... dengan... meracun n membakar kawasan lalang tadi... tahu tak sebab apa perlu dibakar??? .. jawapannya adalah nak pastikan segala spora2 dan benih pokok lalang dalam tanah tu mati.... ala-ala macam starile gitu... sama la analogi kulat nie... kalau nak musnahkan sporanya... nak kena bakor jugak ler gamak nyer yer... hehehe.... pikir2kan... (",)
0

Bilik yang mempunyai 24 jam hawa dingin, diletakkan PU foam pada dinding 9” dan juga pada lantai sebelah bawah (jika bilik tersebut berada di tingkat 1) dan lantai sebelah atas siling bagi mengelakkan berlaku kondensasi. Perkara ini sudah menjadi amalan kecuali PU foam pada lantai bawah ( slab soffit di sebelah atas siling) kadang kala terlepas pandang.  

 

Pihak Mekanikal telah pun mengeluarkan garispanduan bagi mengelak kondensasi di bilik 24 jam hawa dingin. Punca yang dikenal pasti ialah terdapat aliran udara luar yang memasuki ruang di atas siling di bilik berkenaan, menyebabkan kodensasi berlaku seterusnya siling menjadi lembab dan berkulat.

 

Bagi ruang-ruang lain yang tidak mempunyai 24 jam hawa dingin, saya berpendapat:

  • Perlunya dehumidifier dijalankan selepas klinik ditutup  5.00 petang – 8 pagi dimana ketika itu kelembapan udara dalam bangunan di waktu ini tidak dikawal.

 

  • Kelembapan pada lantai (air bertakung) ketika pembinaan walaupun tidak dapat dipastikan peratusan menyumbang kearah pembentukan spora, perlulah juga dilihat.

 

  • Kecenderungan pihak pelanggan menyediakan kolam kecil sebagai hiasan di kawasan menunggu / pendaftaran turut menyumbang pembentukan spora.

 

  • Spora bergantung kepada kelembapan dan suhu. Langkah terbaik ialah dengan mengawalnya. Apa yang boleh dikawal ialah kelembapan iaitu dengan menggunakan dehumidifier.

 

  • U value pembalut air-con duct perlu diuji samada betul-betul dipatuhi oleh kontraktor.
0

Garis Panduan Pencegahan Kulat Di Bangunan Kerajaan

http://jcop.vms.my/qa/?qa=blob&qa_blobid=7312020577509396073

...