search
Log In
15 votes
148 views
in Value Management 10,800 points 8 42 88

1 Answer

5 votes
 
Best answer

Unit Value Management & Partnering, PROKOM (UVMP) menjalankan kursus secara berkala melalui BLP iaitu Kursus VM Module 1 (Awareness) dan VM Module 2 (bagi fasilitator). UVMP juga telah mengeluarkan garispanduan pelaksanaan Value Engineering (VE) bagi projek Kerajaan bertajuk Value Engineering Apllication for Public Projects. Pemakaian garispanduan ini telah dikuatkuasakan melalui surat arahan KPKR No 8/2014 bertarikh 28 Mac 2014.

Berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, JPM, iaitu Surat pekeliling Bil 3/2009, 29 Disember 2009 dan Garis Panduan Pelaksanaan Program/Projek Kerajaan 2011, pelaksanaan pengurusan nilai adalan seperti berikut:

Value Assessment dilaksanakan oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, JPM pada peringkat strategik untuk meluluskan projek (bagi memastikan hanya projek yang betul/sesuai diluluskan, mengambilkira skop dan kos projek).

Value Engineering dilaksanakan oleh JKR/Jabatan Teknikal pada peringkat rekabentuk dan pembinaan  bagi memastikan rekabentuk dan pembinaan dioptimumkan agar menepati fungsi dan keperluan projek yang telah ditetapkan.

Value Review dilaksanakan oleh pihak Jabatan Audit Negara pada peringkat operasi iaitu pada setelah sekurang-kurangnya 6 bulan projek diserahguna.

1,860 points 2 7 25
selected by
...